Raih Pingat Emas, Kejayaan Shereen Tamatkan Penantian Selama 24 Tahun

shereen pingat emas 24 tahun

Raih Pingat Emas, Kejayaan Shereen Tamatkan Penantian Selama 24 Tahun

Atlet olahraga Malaysia, Shereen telah menamatkan penantian negara selama 24 tahun apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara 400 meter(m) wanita di Sukan SEA 2023 yang bertempat di Kemboja hari ini.

Dalam acara yang berlangsung di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh hari ini, larian Shereen nampaknya berjaya menumbangkan pihak lawan.

Difahamkan, Shereen atau nama sebenarnya, Shereen Samson Vallabouy merupakan antara atlet yang disasarkan untuk meraih pingat emas dalam temasya tersebut.

Memenuhi ramalan dan impian rakyat Malaysia, beliau berjaya menghabiskan lariannya pada garisan penamat dengan catatan masa 52.53 saat.

Dengan ini, atlet tersebut berjaya menumpaskan dua pesaing terdekatnya dari Vietnam, Nguyen Thi Huyen (53.27 saat) dan Nguyen Thi Hang (53.84 saat).

Selepas N. Manimagalay kali terakhir memenanginya pada edisi 1999 di Brunei, Shereen berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi podium acara 400m wanita di pentas Sukan SEA selepas 24 tahun.

Sebelum ini, atlet yang berusia 24 tahun itu telah memecahkan rekod kebangsaan acara 400m yang dipegang Allahyarhamah Rabia Abdul Salam.

Rekod Allahyarhamah yang berusia selama 30 tahun itu telah mencatat bacaan masa 52.56 saat ketika berada di Filipina pada 1993.

Shereen berjaya meleburkan rekod berkenaan menerusi catatan masa 51.80 saat di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California bulan lepas.

Pingat emas berganda, acara 400M lelaki turut menghadiahkan kilauan emas buat kontinjen negara

Pada masa yang sama, atlet muda negara, Umar Osman turut mencipta kejutan apabila meraih pingat emas acara 400 meter (m) lelaki Sukan SEA Kemboja 2023 pada hari yang sama.

Walaupun menyertai sukan SEA buat kali pertama, ini tidak menghalang Umar untuk memenangi pingat emas dengan catatan masa 46.34 saat.

Disebabkan penampilan buat kali pertama dalam arena sukan SEA, Umar Osman tidak diletakkan sebarang harapan untuk memenangi sebarang pingat.

Ketika acara tersebut berlangsung, pecutan Umar pada hujung trek berjaya membantu negara untuk meraih satu lagi pingat dalam acara yang sama.

Ibarat serampang dua mata, catatan masa Umar itu  memecahkan rekod kebangsaan sebelum ini. Beliau memecahkan rekod milik Mohd Zaiful Zainal Abidin, yang mencatatkan masa larian 46.41 saat pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia 2001.

Manakala, pingat perak dan gangsa menjadi milik Filipina menerusi Umajesty Wesley (46.52 saat) dan Frederick Cabatu (46.63 saat).

Selepas mencipta kejutan dalam acara ini, pelari berusia 20 tahun ini bakal menjadi tumpuan apabila beraksi sekali lagi dalam acara 4x400m.

Seperti Shereen, kejayaan Umar berjaya menamatkan kemarau emas selama 14 tahun untuk acara ini. Pingat emas kali terakhir dimenangi Zafril Zuslaini pada Sukan SEA edisi 2009 di Vientiane, Laos.

BACA: Rupanya Ini Sebab Serangga Mudah Tertarik Dengan Cahaya Lampu

Sumber: Bernama, Sinar Harian, Astro Arena

The post Raih Pingat Emas, Kejayaan Shereen Tamatkan Penantian Selama 24 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*