Raja Charles III Disahkan Hidap Kanser, Mula Terima Rawatan

Raja Charles III kanser

Raja Charles III Disahkan Hidap Kanser, Mula Terima Rawatan

Raja Charles III telah disahkan menghidap penyakit kanser dan dilaporkan mula menerima rawatan, lapor AFP.

Berita yang mengejutkan itu telah dimaklumkan oleh Istana Buckingham pada Isnin.

Susulan pengumuman itu, ramai yang menyatakan sokongan dan mendoakan agar Raja Charles III sembuh daripada penyakit terbabit.

Sebelum disahkan menghidap kanser, Raja Charles III dilaporkan berada dalam keadaan yang baik. Baginda juga tidak mengalami sebarang kecederaan akibat daripada aktiviti yang dilakukannya seperti sukan polo dan ski.

Walau bagaimanapun, kerisauan mula timbul ketika baginda pergi ke hospital baru-baru ini bagi prosedur masalah prostatnya. Difahamkan, doktor telah mengesan sesuatu yang ganjil.

“Ujian diagnostik telah mengenal pasti satu jenis kanser,” jelas Istana Buckingham dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Tambahnya lagi, Raja Charles III sudah pun memulakan rawatan bagi panyakit tersebut. Akan tetapi, pihak istana berkenaan tidak menyatakan jenis dan tahap kanser yang dihadapi oleh pemimpin tersebut.

Dalam pada itu, baginda dikatakan masih berada dalam keadaan positif dan berharap untuk kembali bertugas sepenuhnya secepat mungkin.

Tambah pihak istana, baginda juga telah dinasihati para doktor untuk menangguhkan tugasan rasminya.

Putera Harry akan pulang UK untuk melawat Raja Charles III

Pengumuman ini juga telah mengejutkan salah seorang anakandanya, Putera Harry yang memberikan kata-kata sokongan kepada ayahandanya.

Duke of Sussex itu juga dilaporkan telah menghubungi bapanya dan akan pergi ke United Kingdom (UK) untuk melawatnya.

Harry, anak bongsu daripada pasangan Charles III dan mendiang Puteri Diana kini menetap di California, Amerika Syarikat bersama isterinya, Meghan.

Sebelum ini, tindakan Raja Charless yang tampil memaklumkan berkenaan masalah prostatnya yang membengkak telah meraih perhatian.

Kebanyakan doktor memaklumkan lebih banyak orang awam tampil untuk memberitahu simptom yang dialami selepas pengumuman tersebut.

Baginda telah discaj daripada sebuah hospital di London selepas ditahan selama tiga hari untuk menjalani pembedahan.

BACA: Eskalator Rosak Tak Dibaiki, Pengguna Letak Kalung Bunga Tanda “Berkabung”

Sumber: AFP

The post Raja Charles III Disahkan Hidap Kanser, Mula Terima Rawatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*