Rakyat Indonesia Puji Perkhidmatan Kesihatan Malaysia, Lebih Sejuta Datang Dapatkan Rawatan

rakyat indonesia puji kesihatan malaysia

Rakyat Indonesia Puji Perkhidmatan Kesihatan Malaysia, Lebih Sejuta Datang Dapatkan Rawatan

Umum mengetahui, Malaysia mempunyai pusat perubatan terbaik kerana menawarkan perkhidmatan berpatutan hingga ia dikunjungi ramai pengunjung dari luar negara.

Menurut laporan, pusat perubatan di Malaysia turut menyediakan kemudahan fasiliti serta perkhidmatan perubatan termasuk pergigian, pembedahan jantung dan lain-lain.

Dalam pada itu, pakar perubatan juga adalah daripada golongan yang profesional yang telah mendapatkan persijilan bertaraf antarabangsa.

Dengan segala kemudahan yang ada, tidak pelik untuk Malaysia menduduki carta pertama dalam kategori Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019 yang disifatkan sebagai pengiktirafan dunia kepada negara.

BACA: Hospital Cyberjaya Berpotensi Jadi Hospital Rujukan Utama

Hampir dua juta rakyat Indonesia pilih perkhidmatan kesihatan di Malaysia

Baru-baru ini, Presiden Indonesia Joko Widodo atau dikenali Jokowi membuat satu ciapan berkenaan dengan rakyatnya yang memilih untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

Beliau mendedahkan rata-rata penduduk di negaranya memilih untuk pergi ke negara jiran, Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

“Hampir dua juta rakyat Indonesia masih memilih untuk mendapatkan rawatan di luar negara setiap tahun.

“Lebih kurang satu juta pergi ke Malaysia, 750,000 ke Singapura, selebihnya pergi ke Jepun, Amerika, Jerman dan lain-lain,” memetik hantaran itu pada Isnin.

Jokowi turut berkata Indonesia telah mengalami kerugian sebanyak RM48 trillion (IDR 165 trillion) susulan dengan pemilihan rakyat yang mendapatkan rawatan di luar negara.

Susulan itu, kerajaan Indonesia mengambil inisiatif dengan menaik taraf pusat perubatan di negara itu.

“Atas sebab ini, kerajaan menyokong penuh hospital bertaraf antarabangsa. Seperti hari ini (Isnin), saya merasmikan Mayapada Hospital Bandung yang membawa tema ‘green hospital’.

“Kehadiran hospital moden dapat mengurangkan bilangan orang untuk mendapatkan rawatan di luar negara,” ujarnya.

Puji rakyat Indonesia yang ambil perkhidmatan kesihatan di Malaysia

Bagaimanapun menjengah di ruangan komen, boleh dilihat kebanyakan rakyat Indonesia memuji perkhidmatan kesihatan Malaysia berbanding negara lain kerana harganya amat berpatutan.

Mereka dilihat berkongsi pengalaman mendapatkan rawatan di Malaysia dan rata-rata mereka amat berpuas hati susulan prosedurnya cepat dan efisyen.

Ibu saya dapat buasir. Hari pertama jumpa doktor, hari kedua check darah dan scan dan hari ketiga jalani terapi, terus sembuh,” kata wanita warga Indonesia itu.

Kredit: Twitter

Bapa mertua saya pada tahun 2020 didiagnos tumor hati bersaiz 9 sentimeter dan memerlukan pembedahan segera. Kemudian terus ke Pulau Pinang berjumpa doktor, hanya diberi ubat dan sembuh,” cerita lelaki terbabit.

“Ayah saya dikatakan kena pasang Ring jantung, tapi apabila bawa ke Malaysia doktor kata ayah saya hanya kena penyakir gerd, kerana perutnya berada dalam keadaan tidak baik,” kongsi seorang rakyat Indonesia.

Kredit: Twitter

Ada juga yang menggariskan beberapa hospital yang perlu dilawat sekiranya tiba di Malaysia berdasarkan perkongsian mereka.

“Dari testimoni-testimoni di Twitter ini dapat disimpulkan ramai rakyat kita pergi terus ke Melaka, Penang dan Singapura kerana memang lebih meyakinkan,” kata pemberi komen tersebut.

Sumber: Joko Widodo via Twitter

The post Rakyat Indonesia Puji Perkhidmatan Kesihatan Malaysia, Lebih Sejuta Datang Dapatkan Rawatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*