Dakwaan Mahu Jatuhkan Kerajaan, USJT Bukit Aman Akan Siasat Abdul Hadi – Polis

bukit aman siasat hadi awang

Dakwaan Mahu Jatuhkan Kerajaan, USJT Bukit Aman Akan Siasat Abdul Hadi – Polis

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Siasatan terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha menjatuhkan kerajaan, akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya telah menerima laporan terhadap Ahli Parlimen Marang itu, yang dibuat Pemuda Amanah Nasional dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam.

“Kes berkenaan akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya ringkas dalam sidang media di Ibu IPD Sentul, di sini, hari ini ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu berkenaan.

Laporan polis itu dibuat Exco Pemuda Amanah Nasional Fadhli Umar Aminol Huda dan Ketua AMK Selangor Izuan Kasim, berhubung kenyataan Abdul Hadi yang mengakui terdapat usaha dijalankan PN dan parti blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Hadi pada Isnin ketika ditemu bual media di Parlimen berkata tiada sesiapa pun boleh menghalang usaha PN tersebut berdasarkan sistem demokrasi diamalkan Malaysia dan ia boleh dilakukan sama ada melalui undi tidak percaya ataupun Surat Akuan Berkanun (SD).

BACA: Azam Baki Sahkan Muhyiddin Akan Didakwa Pada Esok

Sumber: Bernama

The post Dakwaan Mahu Jatuhkan Kerajaan, USJT Bukit Aman Akan Siasat Abdul Hadi – Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*