Ramai lepasan sekolah vokasional menganggur

JAKARTA: Agensi Statistik Kebangsaan (BPS) melaporkan kadar pengangguran terbuka (TPT) di Indonesia mencatatkan 5.86 peratus atau 8.42 juta orang setakat Ogos tahun lalu.  

Jika dilihat dari segi pendidikan, pelajar lepasan sekolah menengah vokasional (SMK) menyumbang paling banyak iaitu pada 9.42 peratus.

Angka itu jelas menunjukkan wujudnya masalah yang menyebabkan pelajar lepasan SMK mencatatkan kadar pengangguran paling tinggi biarpun institusi pendidikan tersebut dikatakan seharusnya menyediakan graduan sedia bekerja.  

Pakar tenaga kerja, Hadi Subhan berkata, keadaan itu menunjukkan keperluan untuk merombak semula kurikulum SMK.

Ketika ini, kurikulum sedia ada masih belum disesuaikan dengan keperluan semasa sektor perniagaan dan industri.

“Setakat ini, kurikulum dibuat oleh SMK tidak berkait rapat dengan sektor perniagaan dan industri.

“Ia hanya berdasarkan petikan tenaga kerja dan teori,” katanya sepertimana dilaporkan Detik.com.

Menurut Hadi, pada masa ini, kurikulum SMK masih belum disesuaikan dengan era revolusi industri 4.0.

Malah, tegas beliau, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan masih mampu merombak sistem pendidikan di Indonesia melalui program Kebebasan Belajar.

“Program itu yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan adalah amat baik dan relevan untuk menangani masalah ramai lepasan SMK yang menganggur,” katanya.

Tambah Hadi, program itu akan menjadikan pelajar SMK lebih kompeten kerana pembelajaran disesuaikan dengan industri perniagaan.

“Hasil program Kebebasan Belajar adalah sangat positif kerana sudah ada penilaian dan kajian terhadapnya.

“Jadi, sekolah harus merombak semula kurikulum dan sistem pembelajaran mereka,” katanya.       

The post Ramai lepasan sekolah vokasional menganggur appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*