Ramai Pemimpin Dunia Nantikan Ucapan Perdana Menteri Di UNGA PBB, New York

perdana menteri UNGA

Ramai Pemimpin Dunia Nantikan Ucapan Perdana Menteri Di UNGA PBB, New York

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat penampilan sulung di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-78 sebagai Perdana Menteri ke-10 di sini minggu ini.

Perhimpunan Agung PBB atau United Nations General Assembly (UNGA) adalah mesyuarat tahunan PBB yang dianggotai 193 negara dan dua negara pemerhati.

Malaysia menjadi negara ke-82 menyertainya pada 17 September 1957, tidak lama selepas hari kemerdekaan pada 31 Ogos tahun yang sama.

UNGA lazimnya dihadiri oleh ketua kerajaan, ketua negara atau wakil untuk berbincang mengenai pelbagai isu dan perkara untuk kepentingan sejagat. Mereka juga akan menyampaikan kenyataan negara masing-masing.

Lebih 140 ketua kerajaan dan ketua negara dijadual hadir, enam naib presiden, empat Timbalan Perdana Menteri, lebih 30 menteri akan berdiri di pentas UNGA untuk menyampaikan kenyataan negara.

Pemimpin dunia ternanti-nantikan ucapan Perdana Menteri di UNGA

Setakat ini disahkan sebanyak 99 ketua negara, 58 ketua kerajaan dan 35 Menteri dijangka akan menyampaikan kenyataan negara masing-masing pada sesi Debat Umum yang akan bermula pada 19 September sehingga 26 September.

Semua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini pernah menghadiri perhimpunan terbesar pemimpin negara anggota PBB itu. Namun beberapa kali pernah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri atau Menteri apabila Perdana Menteri tidak dapat menghadirinya.

Tema kali ini ialah Membina Semula Kepercayaan dan Menghidupkan Semula Perpaduan Global: Mempercepatkan Tindakan Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke Arah Keamanan, Kemakmuran, Kemajuan dan Kemampanan Untuk Semua. (Accelerating action on the 2030 Agenda and its Sustainable Development Goals (SDG) towards peace, prosperity, progress and sustainability for all).

Tema ini memberi fokus kepada mendapatkan semula momentum dan mempercepatkan tindakan ke arah pembangunan mampan.

Anwar akan berada di sini pada 20 hingga 23 September dan dijadualkan naik ke pentas bagi menyampaikan kenyataan negara pada jam 10 pagi Jumaat 22 September waktu tempatan atau 10 malam waktu Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada sidang media bersama wartawan Malaysia petang waktu tempatan berkata, selaras dengan tema, Perdana Menteri akan berkongsi usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim dan mengambil tindakan ke arah mencapai Agenda 2030.

Anwar juga akan memberi pandangan mengenai pelbagai isu global dan peranan yang perlu dimainkan oleh masyarakat antarabangsa dalam mengatasi pelbagai cabaran bersama.

“Ramai pemimpin negara lain yang ditemui sebelum ini menyatakan bahawa mereka menanti-nantikan ucapan Perdana Menteri pada sidang kali ini atas pengalaman dan kepimpinan yang dimiliki,” katanya.

Antara pemimpin lain yang dijadual hadir ialah Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky yang turut dijadual mengadakan pertemuan, antara lain membincangkan isu pencerobohan Russia.

Namun, pemimpin utama lain seperti Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak tidak hadir atas alasan tugas negara masing-masing.

Presiden Russia, Vladimir Putin juga tidak hadir kerana risiko ditahan jika ke luar negara, manakala pemimpin China Xi Jinping memang tidak pernah hadir. Ketidakhadiran nama besar ke UNGA adalah kelaziman biasa di PBB.

BACA: Ramai Rakyat Malaysia Habiskan Sebahagian Besar Pendapatan Bulanan Untuk Makan Di Luar – Rafizi

Sumber: HARAPAN MADANI

The post Ramai Pemimpin Dunia Nantikan Ucapan Perdana Menteri Di UNGA PBB, New York appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*