Drama Baharu Great Teacher Onizuka (GTO) Bakal Kembali Tahun Depan, Hero Kekal

great teacher onizuka gto drama adaptasi

Drama Baharu Great Teacher Onizuka (GTO) Bakal Kembali Tahun Depan, Hero Kekal

Manga ikonik, Great Teacher Onizuka (GTO) dikatakan akan kembali dengan siri drama adaptasi baharu yang pasti menghilangkan rasa rindu peminat.

Menurut Fuji TV, drama berkenaan akan menemui penonton pada 2024 nanti. Kali pertama manga berkenaan diadaptasi menjadi drama adalah pada 1998, iaitu 25 tahun lepas.

Dianggap sebagai salah satu peristiwa penting dalam francais GTO, karya Tohru Fujiwasa, drama terbaharu tersebut akan ditayangkan dengan judul GTO Revival.

Menurut Sportkeeda, beberapa butiran dan perkembangan menarik dalam siri ini yang pasti akan memikat peminat lama mahupun penonton baharu.

Great Teacher Onizuka mengumumkan Takashi Sorimachi sebagai watak utama

Antaranya, Fuji TV telah mengumumkan kemunculan semula pelakon, Takashi Sorimachi dalam siri berkenaan pada 15 September 2023 lalu.

Kemunculan semula pelakon tersebut tanpa ragu-ragu lagi adalah untuk menggalas tanggungjawab membawa watak utama siri berkenaan, Eikichi Onizuka.

Lakonan mantap Sorimachi sebagai seorang yang kasar dan suka cakap lepas telah membawa siri GTO 1998 menggapai kejayaan yang sangat besar sebelum ini.

Dalam siri asal, Onizuka digambarkan sebagai bekas ahli geng motosikal, yang mana dia sering menggunakan kaedah luar biasa ketika menjadi guru.

Dia tidak gentar untuk berdepan dengan kelas yang dipenuhi murid-murid bermasalah seperti suka membuli dan mengugut pelajar-pelajar lain.

Pada masa yang sama, Onizuka juga mempunya impian untuk menjadi seorang guru sekolah tinggi terbaik di dunia.

Watak Onizuka dan siri ini secara keseluruhannya berjaya memukau perhatian penonton dan akhirnya menjadi faktor populariti siri tersebut berkekalan.

Justeru, GTO Revival juga akan mengetengahkan watak Onizuka yang mempunyai karakter yang sama seperti siri 1998.

Bagaimanapun, beberapa pembaharuan bakal dibuat antara Onizuka perlu berdepan dengan beberapa isu moden ketika mengajar. Antaranya gangguan atas talian dan cabaran-cabaran lain di media sosial.

Para peminat dikatakan sudah tidak sabar untuk menantikan kemunculan GTO Revival pada tahun hadapan.

Penghasilan semula drama bersiri ini juga akan menyuntik rasa nostalgia, pada masa yang membawa perspektif baharu terhadap francais manga ini.

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Sebenar Huruf M&M Pada Coklat Terkenal

Sumber: Sportkeeda

The post Drama Baharu Great Teacher Onizuka (GTO) Bakal Kembali Tahun Depan, Hero Kekal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*