Ramai Sebak Tonton Majlis Pernikahan Tular Pasangan Melayu Dan Cina Ini

majlis pernikahan melayu cina

Ramai Sebak Tonton Majlis Pernikahan Tular Pasangan Melayu Dan Cina Ini

Perkahwinan akan mula terjadi apabila satu kata putus terbentuk daripada perbincangan pasangan sejoli, yang memilih untuk hidup bersama selepas mengenali diri masing-masing.

Apabila dua hati satukan, latar belakang mengenai kaum tidak diambil kira namun agama perlu dititikberatkan supaya tujuan dalam hidup dapat diselaraskan.

Kita sering disajikan dengan perkahwinan yang sama bangsa namun ia tidak berlaku kepada pasangan mempelai ini, yang melakukan perkahwinan campur antara kaum Melayu dan Cina.

Pengguna akaun @Emcee_ezal (Ezal) yang dipercayai sebagai pengacara majlis memuat naik satu rakaman majlis akad nikah yang menyentuh hati semasa pasangan Melayu dan Cina ini disatukan.

Difahamkan majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat daripada belah pengantin lelaki dan juga perempuan.

Detik penyatuan pengantin antara dua kaum itu dilihat sangat menyentuh hati susulan ibu bapa kedua-dua pasangan mula menitikkan air mata sejurus berjumpa dengan anak masing-masing.

Pada awalnya, pengantin lelaki masuk ke dalam dewan diiringi oleh ibunya, diikuti pengantin perempuan (Cina) disusuli tangisan sebak.

Kredit: @Emcee_ezal/TikTok

Pengantin perempuan perlu berada di atas pelamin dan dia kelihatan tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih semasa diiringi ibunya dan juga seorang lagi wanita.

Apabila selesai diijab kabul, pasangan pengantin mula berjumpa dengan ibu bapa mereka, kemungkinan menitipkan beberapa pesanan sebelum menjalani kehidupan baru.

Kedua-dua pasangan itu tidak dapat menahan air mata dan menangis bersama-sama ibu bapa mereka.

Kredit: @Emcee_ezal/TikTok

Majlis itu dipengacarakan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan juga bahasa Mandarin. 

Semasa majlis berlangsung, bahasa Melayu digunakan dahulu sebagai pembuka kata kemudian diikuti dengan bahasa Mandarin.

Ezal juga sempat berkongsi kepada umum berkenaan dengan majlis resepsi pasangan tersebut.

Baginya, dia berbesar hati kerana dapat mengendalikan majlis perkahwinan campuran antara dua hati dan menjadi saksi atas pernikahan mereka.

BACA: (Video) Netizen Sebak, Tonton Lelaki Bisu Akad Nikah, Sekali ‘Lafaz’ Sah Bergelar Suami

Tular di media sosial

Video tersebut kemudiannya tular dan mendapat perhatian orang ramai susulan majlis pernikahannya yang dilihat indah dan menyentuh perasaan.

Rata-rata warga maya meninggalkan komen mengatakan mereka turut rasa terharu dan sebak menyaksikan penyatuan dua hati berlainan bangsa itu.

“Hanya ibu bapa sahaja memahami sebab air mata menitik semasa majlis pernikahan,” kata seorang warga maya.

“Kenapa sedih ya,” luah salah seorang yang memberi komen selepas menyaksikan video akad tersebut.

“Kenapa dengan aku sekali menangis,” ujar warga maya lagi.

Keindahan majlis tersebut berjaya memikat hati orang ramai sekali gus mendoakan supaya ikatan itu berpanjangan.

Ikuti video penuh detik-detik indah kedua mempelai ini dalam perkongsian TikTok di bawah.

@emcee_ezal

Majlis Akad Nikah Melayu dan Cina. Emcee Ezal berpeluang mengacarakan majlis ini secara duet bersama pasangan pengacara majlis dalam Bahasa Melayu dan Mandarin. PERNIKAHAN MELAYU DAN CINA #akadnikah #nikah #perkahwinancampur #pengacaramajlisperkahwinan #emceenikah #pengacaramajlis

♬ original sound – 🅰RVIAN – arviandwi

Sumber: @Emcee_ezal/TikTok

The post Ramai Sebak Tonton Majlis Pernikahan Tular Pasangan Melayu Dan Cina Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*