Dokumen Operasi “Colour Revolution” CIA Bocor, Dedah Rancangan Gulingkan Kerajaan Indonesia

colour revolution indonesia

Dokumen Operasi “Colour Revolution” CIA Bocor, Dedah Rancangan Gulingkan Kerajaan Indonesia

Satu dokumen telah diedarkan yang dikatakan mendedahkan rancangan agensi perisikan Amerika Syarikat (CIA) untuk persediaan revolusi warna di Indonesia, lapor Tribun News.

Revolusi warna adalah istilah yang sering digunakan untuk menggambarkan operasi perisikan AS dalam membina demokrasi liberal di negara lain dengan menggulingkan kerajaan.

Terdapat laporan mengatakan bahawa revolusi warna disediakan oleh CIA, melalui National Endowment for Democracy (NED).

Ia adalah sebagai salah satu cara untuk campur tangan dalam pilihan raya Indonesia 2024.

NED ialah sebuah Badan Bukan Kerajaan atau NGO swasta yang ditubuhkan pada tahun 1983 bertujuan untuk mempromosikan demokrasi ke negara lain.

Walaupun ia peribadi, NED menerima pembiayaan daripada kerajaan AS dan dikatakan sebagai ‘front CIA‘ untuk melaksanakan revolusi warna.

Laman web Kedutaan China di Jakarta bahkan memanggil NED sebagai salah satu askar,’sarung tangan putih’ dan ‘pejuang demokrasi’ utama kerajaan AS.

Organisasi itu juga bertindak menumbangkan kerajaan yang sah dan membangunkan pasukan boneka pro-AS di seluruh dunia atas nama demokrasi.

Selain itu, NED dilaporkan telah beroperasi di lebih 100 negara dan mengedarkan lebih 2,000 geran setiap tahun.

Organisasi itu dikatakan sering memberikan geran untuk membiayai revolusi di pelbagai negara untuk mencapai matlamatnya.

Artikel yang bertajuk “Leak: CIA Front Preparing Color Revolutin in Indonesia” telah diterbitkan oleh mintpressnews.com pada 6 September lalu.

Artikel itu memaklumkan bahawan NED sedang memperluaskan aliran dana gerannya kepada pelbagai NGO dan kumpulan awam penting. Ia termasuk parti politik, dan calon untuk Pilihan Raya 2024 di Indonesia.

Tambah artikel itu lagi, permainan NED juga didedahkan dalam laporan mingguan yang dihantar oleh Institut Republik Antarabangsa (IRI) Indonesia.

Laporan itu kemudiannya dihantar ke ibu pejabatnya di Washington pada Jun, Julai dan Ogos 2023.

IRI adalah komponen teras NED, yang biasanya bekerjasama dengan institusi lain seperti Institut Demokrasi Nasional.

“Apa yang dirancang oleh NED pada hari pilihan raya masih tidak pasti, namun percikan api pasti akan terjadi,” tulis artikel itu lagi.

Dalam pada itu, dikatakan terdapat dokumen bocor yang menunjukkan pertemuan wakil IRI dengan pegawai tinggi di Kedutaan AS di Jakarta iaitu Ted Meinhover.

Semasa pertemuan itu, Meinhover dikatakan telah menyatakan kebimbangan Washington mengenai potensi Prabowo Subianto yang sedang meningkat naik.

Meinhover juga menyatakan kegusaran terhadap 20 peratus Presidential Threshold untuk mencalonkan calon presiden.

Keperluan Presidential Threshold yang tinggi untuk pencalonan presiden bermakna Amerika mempunyai peluang yang sedikit. Terutamanya untuk menentukan juaranya dalam pilihan raya presiden Indonesia.

“Sekiranya Presidential Threshold itu dikeluarkan, akan ada lebih banyak calon dalam pilihan raya dan AS akan mempunyai lebih banyak pilihan,” tulis artikel itu memetik kenyataan Meinhover.

Dokumen CIA yang bocor itu juga turut didakwa menyatakan bahawa Jokowi berisiko ditimpa senasib dengan Presiden pertama Indonesia iaitu Soekarno.

Ia kerana Jokowi mempunyai sokongan yang ramai daripada rakyat. Hal ini serupa dengan Soekarno ketika memimpin Indonesia.

Kesudahannya Soekarno telah digulingkan dalam rampasan kuasa tentera yang dikatakan ditaja oleh CIA dan MI6.

Sejak berkuasa pada 2014, kerajaan Jokowi diketahui rapat dengan China.

Bagaimanapun, melihat pada keadaan semasa, Jokowi telah menghabiskan dua penggal memegang jawatan tersebut. Oleh yang demikian, tragedi pembunuhan beramai-ramai seperti pada tahun 1965 tidak akan terjadi.

Kedutaan telah menghubungi para pemimpin Parti Buruh tempatan

Tambah Meinhover, kedutaan AS telah aktif dalam menghubungi pemimpin Parti Buruh tempatan dan Konfederasi Kesatuan Sekerja Indonesia.

Panggilan itu dibuat bagi mengetahui rancangan mereka untuk membantah undang-undang penciptaan pekerjaan yang ditandatangani baru-baru ini.

Bimbang undang-undang itu akan melemahkan semangat pelabur asing di negara itu, justeru AS menyokong tegas aktiviti yang menentang undang-undang itu.

Dalam artikel itu lagi, Kedutaan AS secara rahsia telah menyarankan pemimpin Parti Buruh agar mereka memanfaatkan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos lalu.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Sebaliknya, laporan itu menyatakan seorang pegawai diplomatik AS yang hadir berkata Badan Perisikan Negara (BIN) di Jakarta telah mengesan operasi asing. 

Mereka memberi amaran kepada Kedutaan agar tidak campur tangan dalam pilihan raya 2024.

“Meinhover berkata ini telah mendorong Kedutaan untuk terus menyokong aktiviti rahsia IRI untuk melaksanakan dasar AS dengan lebih baik. Sambil memintas peraturan Indonesia.”

Pada penghujung laporannya, Kit Klarenberg, penulis artikel itu berkata kepentingan memastikan pembentukan kerajaan yang taat di Indonesia tidak boleh dipandang remeh.

“Memandangkan pemimpin tentera AS secara terbuka membincangkan pilihan untuk berperang dengan China dalam masa terdekat. Negara-negara di rantau ini harus memastikan untuk membantu dan menyokong usaha tersebut.”

Sumber: Tribun News, rakyat cirebon

The post Dokumen Operasi “Colour Revolution” CIA Bocor, Dedah Rancangan Gulingkan Kerajaan Indonesia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*