Ramai Yang Suka, Dari Mana Datangnya Bau Kereta Baharu?

bau kereta baharu

Ramai Yang Suka, Dari Mana Datangnya Bau Kereta Baharu?

Kebanyakan orang merasakan bau yang dimiliki oleh sesebuah kereta baharu agak luar biasa dan sedap untuk dihidu.

Semakin lama kita menggunakan kereta, bau misteri itu akan pudar selama-lamanya dan menunjukkan kereta tersebut sudah lama digunakan di jalan raya.

Aroma misteri ini telah menjadi satu kegilaan sehingga kebanyakan pengeluar pewangi udara cuba untuk mencipta bauan tersebut.

Persoalan terbesar, apa yang menjadi punca di sebalik ‘bau kereta baharu’ yang menjadi kegemaran orang ramai ini?

Di sebalik aroma yang memukau, bau kereta baharu sememangnya bukan bauan yang berasal dari sumber semula jadi.

Sebenarnya, bauan tersebut merupakan hasil daripada pembebasan atau “penyingkiran gas” pelbagai sebatian kimia dalam plastik, cat, pelincir, pengedap dan pelbagai bahan lain.

Kesemua bahan-bahan ini digunakan syarikat pengeluar kereta ketika menghasilkan bahagian dalaman dan luaran kereta.

Untuk makluman, kereta dibuat untuk digunakan dalam jangka masa yang agak lama. Kereta juga direka untuk mengatasi kesan remuk dan calar bagi mengekalkan penampilan luarannya yang cantik.

Bagi mencapai objektif ini, kereta telah diperbuat daripada bahan-bahan yang menawarkan kadar hakisan yang rendah. Kebiasaannya, syarikat pengeluar kereta akan menggunakan pelbagai jenis vinil dan plastik yang berkualiti tinggi.

Gambar: LOU BENOIST/AFP

Bahan-bahan ini memiliki tahap keberkesanan yang tinggi dalam mengekalkan rupa bentuk dalam kereta. Sebagai contoh, poliuretana adalah sejenis bahan yang tegar dan fleksibel, memiliki ketahanan terhadap suhu, cuaca, radiasi dan kebanyakan bahan pelarut.

Manakala, poliester yang digunakan pada bahagian wiper dan penutup enjin telah menyumbang kepada satu bau yang hanya dapat dihidu pada kereta baharu.

Adakah ‘bau kereta baharu’ ini selamat untuk dihidu?

Sungguhpun ‘bau kereta baharu’ ini sedap bagi kebanyakan orang, sebenarnya bauan ini bertoksik dan boleh menyebabkan keracunan.

Sebatian organik yang meruap (VOC) dibebaskan daripada bahan-bahan tersebut, yang memiliki tekanan wap yang tinggi serta takat didih yang rendah.

Hal ini menyebabkan sejumlah besar molekul sebatian ini meruap ke ruang udara dan membentuk bauan yang dihidu oleh pemandu dan penumpang kereta.

Malah, beberapa kajian saintifik telah dijalankan untuk menguji sama ada bauan ini cukup pekat sehingga mampu memberikan kesan terhadap manusia untuk jangka masa panjang atau pendek.

Gambar: Bernama

Beberapa daripada bahan kimia mudah meruap yang biasanya ditemui pada cat dan gam boleh memberikan kesan terhadap kesihatan.

Jika seseorang terdedah pada bahan kimia ini dalam kuantiti yang besar pada jangka masa yang lama, individu tersebut berkemungkinan bakal mengalami gejala seperti pening kepala, reaksi alahan dan sakit kepala.

Nasib baik, kebanyakan VOC dalam bahagian kereta akan hilang dari semasa ke semasa. Bahan ini juga boleh dibebaskan dari kereta dengan hanya menurunkan tingkap dan membenarkan udara segar beredar dari luar ke dalam kereta.

BACA: Rasa Nak Bersara Awal, Ketahui Syarat-Syarat Sebelum Mohon

Sumber: Mental Floss

The post Ramai Yang Suka, Dari Mana Datangnya Bau Kereta Baharu? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*