Permohonan Maaf Pelajar IPTA Tular Menangis Tak Makan Sebab Kafe Tutup

pelajar nangis kafe tutup mohon maaf

Permohonan Maaf Pelajar IPTA Tular Menangis Tak Makan Sebab Kafe Tutup

Seorang pelajar IPTA yang menjadi tular selepas videonya menangis tidak makan selepas kafe universiti tutup tampil membuat permohonan maaf.

Dalam video berdurasi 54 saat itu, pelajar tersebut membuat permohonan maaf kepada pihak pengurusan universiti dan mengakui salah faham yang berlaku.

Ujarnya lagi, walaupun kafe ditutup, pihak universiti sebenarnya sudah pun mengambil beberapa langkah bagi menjaga kebajikan pelajar.

“Walaupun kafe tidak dibuka, pihak universiti telah menyediakan makanan kepada para pelajar yang mempunyai masalah dari segi kewangan ataupun masalah untuk mendapatkan sumber makanan.

“Cumanya, saya yang tidak tahu tentang perkara itu,” akuinya.

Pada akhir video, pelajar tersebut sekali lagi memohon maaf kepada pihak pengurusan universiti atas kekhilafan yang berlaku.

@bayinuckal

pihak University sangat perhatin, maka mereka telah menyediakan banyak bantuan kepada para pelajar yang memerlukan. saya meminta maaf kerana misunderstanding

♬ original sound – Bayinuckal – Bayinuckal

Siakap Keli turut memadam hantaran di Facebook berkenaan artikel yang melaporkan berita berkenaan pelajar berkenaan semalam.

BACA: Tular Tunjuk Kad Kuasa, PDRM Sahkan Pemandu Honda City Adalah Polis Bantuan

Sumber: bayinuckhal via TikTok

The post Permohonan Maaf Pelajar IPTA Tular Menangis Tak Makan Sebab Kafe Tutup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*