Remaja Dirogol: Ayah Tiri Disyaki Dalang, Ibu Kandung Direman

remaja dirogol ibu direman

Remaja Dirogol: Ayah Tiri Disyaki Dalang, Ibu Kandung Direman

Ibu kepada mangsa rogol berusia 16 tahun direman untuk membantu siasatan selepas anak kandungnya itu mendakwa dirogol pada awal bulan ini, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanya Ramlan berkata kira-kira jam 7 petang semalam pihaknya menahan ibu kandung mangsa selepas siasatan awal dijalankan terhadap kes tersebut.

Suspek berusia 43 tahun itu dibenarkan direman selama tujuh hari bermula Ahad (hari ini), menurut Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Penahanan wanita tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

“Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa dirogol lelaki berusia 18 tahun beberapa minggu lalu dan bapa tirinya yang berusia 32 tahun disyaki menjadi dalang kes tersebut.

“Bagaimanapun, selepas siasatan lanjut dilakukan, mangsa turut mendakwa dia pernah dirogol bapa tirinya itu di kediamannya sebelum ini,” katanya di Chukai pada hari ini.

Sementara itu, Hanya berkata pada Sabtu lalu pihaknya juga telah melakukan penahanan terhadap seorang buruh berusia 18 tahun dan bapa tiri mangsa.

Menurut Hanyan, lelaki itu dan bapa tiri mangsa yang merupakan pengumpul barangan terpakai direman selama tujuh hari bermula Sabtu.

“Siasatan kes ini dibuat selepas mangsa bersama kakaknya yang berusia 19 tahun tampil membuat laporan di balai polis. Mangsa yang merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik telah dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.

“Kita akan melihat sama ada terdapat penglibatan ibu mangsa dalam kes ini dan akan menyiasat sekiranya wujud pengabaian terhadap mangsa mengikut Seksyen 3 AKKSTKK,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

The post Remaja Dirogol: Ayah Tiri Disyaki Dalang, Ibu Kandung Direman appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*