Tular Video Lelaki Kena Samun Guna Parang, Polis Sahkan Dua Suspek Telah Berjaya Ditahan

samun guna parang

Tular Video Lelaki Kena Samun Guna Parang, Polis Sahkan Dua Suspek Telah Berjaya Ditahan

Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki melarikan wang tunai RM10,000 dalam kejadian samun menggunakan parang di hadapan Teega Tower, Isnin lalu, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, siasatan yang dijalankan berjaya mengesan dan menahan seorang suspek berusia 40-an yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

“Kita mengesan video tular itu pada Rabu, namun tangkapan sudah dibuat pada Isnin lalu iaitu pada hari sama kejadian.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, suspek pertama ditahan pada jam 10.15 pagi di Horizon Hill. Manakala suspek kedua pula ditahan pada jam 9 malam hari yang sama di Gelang Patah.

Samun guna parang

“Berdasarkan siasatan yang dilakukan, suspek mengaku terbabit dalam kes yang berlaku pada jam 9.45 pagi itu dengan cara melanggar kereta mangsa dan mencederakan mangsa menggunakan parang,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

RM10,000 berjaya dirampas semula

Menurut Rahmat, menerusi penahanan itu, polis berjaya merampas RM10,000 yang disamun dari mangsa yang merupakan peniaga atas talian.

Selain itu, senjata parang dan kenderaan yang digunakan dalam kejadian turut dirampas.

“Kedua-dua suspek tersebut ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan. Kita percaya masih ada tiga lagi rakan suspek yang masih bebas.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan rakan jenayah suspek berkenaan. Kes disiasat bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (rompakan berkumpulan),” ujarnya.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Sementara itu, Rahmat turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian samun itu untuk tampil ke IPD Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

Terdahulu, video berdurasi dua minit 17 saat yang memaparkan insiden samun tersebut telah tular di media sosial.

Video itu memaparkan tiga individu bersenjatakan parang telah menyerang mangsa di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Menerusi video itu lagi, mangsa dilihat cuba melarikan diri namun dua buah kereta yang disyaki sebagai rakan suspek telah bertindak menghalang kenderaan mangsa.

Dalam video itu juga dapat dilihat suspek akhirnya berjaya melarikan bungkusan yang dipercayai mengandungi wang tunai. Wang tunai berjumlah RM10,000 yang berada di tempat duduk belakang akhirnya berjaya dilarikan oleh penjenayah.

Sumber: Sinar Harian

The post Tular Video Lelaki Kena Samun Guna Parang, Polis Sahkan Dua Suspek Telah Berjaya Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*