Reunion Dinner USM Santuni Pensyarah Dan Alumni

Lebih 60 orang alumni Pusat Pengajian Komunikasi, USM tahun 1995/1999 teruja menghadiri majis Reunion Dinner yang diadakan di Hotel Tamu, Kuala Lumpur.

Inisiatif diadakan majlis reunion ini adalah bertujuan untuk menjalin ukhwah dan ikatan silaturahim sementelah ada yang tidak pernah bertemu selepas tamat pengajian 24 tahun dahulu.

Daripada sekadar omongan kosong, akhirnya rancangan bagi merealisasikan majlis ini terlaksana dengan penubuhan jawatankuasa secara sukarela diketuai Khairilazhar Ismail sebagai Pengarah Projek Reunion Dinner Komunikasi USM 95/99.

Majlis bertemakan ‘glamours’ turut dihadiri oleh Mantan Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia, USM yang juga mantan Dekan dan Proffessor Pusat Pengajian Komunikasi, Dato’ Dr. Adnan Hussien dan isteri Datin Kamaliah Siarap, Mantan2 pensyarah, Prof. Dr. Mohammed Zin Nordin dan juga Prof.Dr. Mustaffa Kamal Anuar.

Dalam ucapannya Dato’ Dr. Adnan Hussein mengucapkan setinggi penghargaan kepada jawatankuasa yang berjaya melaksanakan majlis ini dengan menghimpunkan lebih 60 kehadiran bekas pelajar Komunikasi tahun 1995/1999. Beliau turut mengimbau kenangan-kenangan manis bersama pelajar yang menarik, indah malah melucukan. Beliau berasa bangga dengan pencapaian semua alumni komunikasi dalam kerjaya masing-masing dengan sumbangan besar kepada negara.

Seusai ucapan Pengarah Projek dan Dato’ Dr. Adnan, para alumni dikejutkan dengan tayangan video gabungan ketika konvokesyen dan pelbagai tugasan yang dilatari dengan lagu dari filem Ali Setan yang mengadakan penggambaran di USM ketika itu.

Sangat jelas wajah-wajah teruja gembira dan hiba yang benar-benar mengimbau kenangan pahit manis zaman remaja dan bergelar mahasiswa di USM.

Majlis diakaan secara santai dengan menampilan persembahan istimewa nyanyian daripada alumni sendiri termasuk Mantan TNC USM, Dato’ Dr. Adnan Hussein yang turut menyumbang lagu Kamelia.

Rata-rata yang hadir gembira dapat menyertai majlis biarpun masing-masing sibuk dengan tugasan harian tetapi masih mampu memberi komitmen padu untuk hadir.

Ada antaranya yang datang dari Penang, Johor, Melaka, Perak, Terengganu dan Pahang yang teruja untuk sama-sama memeriahkan majlis yang julung kali diadakan ini.

Majlis yang tamat hampir jam 11 malam ini turut mendapat sumbangan peribadi daripada bekas pelajar dan juga tajaan Tudung Sofearose, Minuman Halavita dan sebiji kek seberat 8kg daripada Pusat Pengajian Komunikasi USM.

The post Reunion Dinner USM Santuni Pensyarah Dan Alumni appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*