Jumpsuit Dan Tunik, Pakaian Seragam Baharu British Airways

seragam baharu british airways

Jumpsuit Dan Tunik, Pakaian Seragam Baharu British Airways

Hampir 20 tahun tidak menukar pakaian seragam, syarikat penerbangan British Airways kini memperkenalkan seragam jumpsuit baharu untuk kru kabin wanita, lapor NDTV.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan, syarikat tersebut menyifatkan pakaian seragam itu sebagai ‘airline first’ dan turut menyediakan seragam pilihan tunik dan tudung buat kru kabin wanita yang bertudung.

Reka bentuk pakaian seragam itu direka oleh pereka fesyen Britian, Ozwald Boateng selama lima tahun dan telah ditangguhkan selama dua tahun kerana wabak Coronavirus yang melanda negara.

Pakaian seragam itu juga menyediakan alternatif buat kru kabin lelaki yang boleh memilih untuk memakai sut tiga helai yang dipadankan bersama, manakala wanita boleh memakai gaun, skirt atau seluar selain daripada jumpsuit.

Difahamkan, pilihan tunik dan tudung juga telah dicipta oleh syarikat penerbangan global untuk anak kapalnya.

Menjelang musim panas, seramai 30,000 kakitangan barisan hadapan akan dilihat dengan pakaian seragam baharu bermula dengan jurutera dan pengendali darat.

“Pakaian seragam kami mewakili ikonik jenama kami, yang akan membawa kami ke masa hadapan, mewakili yang terbaik dari Britain dan membantu kami menyampaikan perkhidmatan British yang hebat untuk pelanggan kami,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, Sean Doyle.

Menurutnya, lebih 1,500 rakan sekerja di seluruh syarikat penerbangan mengambil bahagian dalam 50 bengkel untuk membantu memastikan kesesuaian pakaian, daripada bengkel reka bentuk kepada maklum balas prototaip dan percubaan pakaian.

Mereka turut membantu mencipta koleksi ikonik yang akan bertahan dalam ujian masa.

“Dari awal lagi ini (pakaian seragam) adalah mengenai orang kita. Kami mahu mencipta koleksi seragam yang dipakai dengan bangga oleh pekerja kami dan dengan bantuan lebih 1,500 rakan sekerja, kami yakin bahawa kami telah menyampaikannya,” ujarnya.

Kesemua pekerja diperlukan untuk memulangkan semula pakaian seragam lama kepada pihak atasan untuk tujuan mengitar semula atau didermakan kepada orang ramai.

Kira-kira 90 peratus daripada seragam itu adalah campuran fabrik yang diperbuat daripada polyester kitar semula.

Boateng sangat berhati-hati dalam mencipta koleksi unik, mencari inspirasi daripada syarikat penerbangan itu dan kakitangannya.

Corak gelombang udara yang muncul pada jaket, kemeja, butang dan tali leher pada koleksi diilhamkan oleh pergerakan udara di atas sayap pesawat.

Semua pakaian menampilkan fabrik jacquard dengan variasi speed marque ikonik syarikat penerbangan itu.

Sementara itu pada bulan November, syarikat penerbangan United Kingdom tersebut membenarkan semua kakitangan untuk memakai maskara, bulu mata palsu dan anting-anting serta membawa aksesori termasuk beg tangan mengikut peraturan baru yang dikemas kini.

Sumber: NDTV

The post Jumpsuit Dan Tunik, Pakaian Seragam Baharu British Airways appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*