Review Pandang Pertama, Ini Apa Yang Siri Samsung Galaxy S24 Boleh Buat Bila Disemat AI

Siri Samsung Galaxy S24

Review Pandang Pertama, Ini Apa Yang Siri Samsung Galaxy S24 Boleh Buat Bila Disemat AI

Setiap tahun, banyak pembuat telefon akan melancarkan produk terbaru masing-masing. Manakala peranti yang dilancarkan sudah tentu ada kekuatan tersendiri yang ingin ditonjolkan. Setiap jenama akan ‘menjual’ teknologi terbaru yang ‘disumbat’ pada peranti masing-masing.

Sebagai pengguna, tentu tertanya-tanya, peranti jenama manakah yang paling canggih dan terbaik boleh dimiliki pada tahun ini?

Adakah peranti berkenaan cukup berbaloi untuk pengguna dengan harga berbayar? Kami ada jawapannya.

Samsung, pembuat peranti pintar dari Korea Selatan memang terkenal dengan produk mereka yang sangat berkualiti dan terbaik dalam kelasnya.

Terbaru, mereka telah melancarkan siri Samsung Galaxy S24. 

Selepas melihat semua spesifikasi yang dimuatkan pada model ini, kami simpulkan Siri Galaxy S24 adalah peranti paling canggih dan layak ditabalkan sebagai Raja Android.

Walaupun harga peranti ini masih menjadi tanda tanya, namun kami yakin setiap sen yang ada laburkan pada peranti ini sangat berbaloi.

Dengan evolusi teknologi, Samsung menjadi yang pertama menambah kategori baru dalam dunia smartphone, Galaxy AI iaitu peranti dipacu teknologi AI.

Siri Samsung Galaxy S24

AI yang dimuatkan siri Galaxy S24 ini merupakan teknologi yang dibangunkan Samsung sendiri dengan kerjasama rakan penyedia perkhidmatan awannya.

Begitu pun, ramai sebenarnya masih tak faham sepenuhnya apa yang teknologi AI mampu tawarkan dalam kehidupan seharian.

Jadi, siri baru Galaxy S24 yang dikuasakan oleh AI ini akan memberikan pengalaman baru bagaimana sebuah peranti pintar itu sepatutnya dibuat dan digunakan.

Sesuatu yang pasti dapat kami katakan, AI akan menjadikan pengalaman penggunaan harian telefon pintar lebih epik dari biasa.

Spek gila yang ada pada siri Galaxy S24, tak pernah ‘dilihat’ pada peranti lain

Tetapi sebenarnya, dengan AI ini, apa yang pengguna siri Galaxy S24 boleh buat? Jom, kami kongsikan semua spek gila dan kemampuan luar biasa yang ada pada peranti ini dan bayangkan apa yang anda boleh lakukan.

Live Translate

Menerusi Live Translate teknologi AI dapat membantu mengalih bahasa panggilan suara secara masa nyata, tanpa aplikasi pihak ketiga

Contohnya, pemanggil berkomunikasi dalam bahasa Jepun, AI ini akan membuat alih suara secara real-time kepada bahasa pengguna siri Galaxy S24, misalnya bahasa Inggeris.

Teknologi ini memang sangat penting sebab dah tak ada halangan bahasa selepas ni untuk anda berkomunikasi.

Siri Samsung Galaxy S24

Chat Assist

Menerusi ciri Chat Translation, AI mampu menterjemah pelbagai bahasa perbualan dalam chat yang dihantar kepada bahasa yang dimahukan pengguna siri S24, juga secara masa nyata.

Manakala menerusi Style & Grammar pula, AI yang dibangunkan Samsung mampu mengenalpasti intonasi pengguna berdasarkan perkataan yang ditaip.

AI ini tadi mampu membezakan sama ada tone anda ketika itu sedang menulis chat profesional atau perbualan biasa.

Cukup sekadar menaip beberapa perkataan, AI mampu menyediakan draf chat yang sesuai untuk dihantar, misalnya menerusi ayat yang ditaip dalam email.

Note Assist

Dalam Note Assist pula, terdapat ciri Handwriting Auto Spacing & Alignment. Apa maksudnya?

Disini, AI akan membantu memperkemas nota yang diambil dalam situasi tertentu, misalnya dalam keadaan tergesa-gesa seperti memperbetulkan spacing antara perkataan dan alignment.

Selain itu, ada juga ciri Auto Format iaitu AI akan melakukan penstrukturan semula nota yang diambil dan mencadangkan format nota yang sesuai digunakan. Pengguna juga boleh memilih pelbagai format nota yang dimahukan.

Menerusi ciri Summarize & Translation, AI mampu mengenal pasti point-point penting dalam nota dan melakukan highlights supaya mudah dirujuk di lain masa.

AI juga mampu memperbetulkan kesalahan ejaan, format tarikh dan masa dalam nota menerusi fungsi Correct Spelling.

Tak cukup dengan itu, dibawah Note Assist juga ada ciri-ciri Summary & Classification on Note Cover

Menerusi ciri ini, AI akan melakukan pengkategorian yang sesuai untuk nota dan menyediakan note cover yang menepati dengan nota diambil.

Siri Samsung Galaxy S24

Photo Assist

Tak lengkap rasanya kalau AI yang dipasang tidak menyentuh kemampuan kamera dan foto yang diambil menggunakan siri Galaxy S24.

Menerusi ciri Background Fill, AI membantu melakukan pelarasan sudut gambar yang diambil, membantu menghasilkan latar belakang gambar yang baru dan mengisi mana-mana ruang pada gambar yang kelihatan kosong.

Manakala menerusi Object Re-composition, AI memudahkan proses suntingan seperti mengalih, menyingkir atau melakukan penskalaan semula saiz manusia atau objek dalam gambar.

Dalam pada itu, siri Galaxy S24 juga ada kemampuan Edit Suggestion di mana AI mampu menghasilkan kesan portraits serta menyingkirkan pantulan, bayang, moire, kesan background, long exposure, remaster dan menyingkirkan objek pada gambar tertentu.

Selain itu, AI juga menyediakan fungsi Instant Slow-mo yang membolehkan gambar diambil dalam format slow-mo. Format slow-mo akan merakam momen-momen penting di sebalik gambar seterusnya memberikan efek lebih dramatik.

Siri Samsung Galaxy S24

Circle To Search with Google

Dengan fungsi ini, akan memudahkan anda untuk membuat carian sesuatu topik atau objek yang dilihat semasa menggunakan peranti siri Galaxy S24.

Begini, ketika anda, misalnya tengah melayari Facebook, tiba-tiba anda ternampak satu post produk yang sangat menarik. Biasanya, anda kena buka Google untuk cari secara manual maklumat tentang produk tersebut, kan?

Dengan Circle To Search with Google, tugas mencari maklumat bertambah mudah. Anda cuma perlu melukis bulatan di sekeliling gambar produk tersebut dan AI akan membantu mencari maklumat produk berkenaan secara automatik.

Mudah sangat-sangat kan? Bukan itu je, AI juga dapat memahami konteks carian tersebut dan mencadangkan beberapa topik carian berkenaan produk tersebut. 

Siri Samsung Galaxy S24

Fuhhhh, dengan ciri-ciri di atas, memang luar biasa betul siri Galaxy S24 ini. Kita baru sentuh tentang AI je tau, belum lagi ‘jajan-jajan’ lain yang Samsung muatkan dalam peranti ini.

Contohnya kemampuan audio, video, prestasi cip pemprosesan dan teknologi skrinnya. Bila kita tengok satu persatu, memang tak ada peranti lain setakat ini mampu mencabar status ‘King’ yang ada pada siri Galaxy.

Hati dah terliur dah ni, macam mana nak tempah siri Galaxy S24?

Tengok je spek yang ditawarkan, pasti ramai yang rasa sangat teruja nak jadi pengguna telefon pintar dikuasakan AI pertama dunia ini, kan?

Anda boleh membuat tempahan siri Galaxy S24 bermula 18 Januari hingga 6 Februari depan.

Kalau anda pre-oder dalam tempoh ini, banyak tawaran yang Samsung akan berikan.

Antara tawaran daripada Samsung adalah naiktaraf storan siri Galaxy S24 yang dibeli pada harga hanya RM500.

Selain itu, Samsung juga menyediakan e-baucar juga bernilai RM500. Anda juga boleh melakukan trade-in dengan model Galaxy lama anda dengan nilai trade-in sehingga RM650.

Anda juga ditawarkan purchase with purchase (PWP) untuk membeli peranti-peranti lain Samsung bernilai sehingga RM800. Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan Samsung Care+ dan aksesori-aksesori lain dengan potongan harga sehingga 45 peratus.

Untuk membuat pra-tempahan, anda boleh layari pautan INI, Untuk maklumat lanjut berkenaan siri Galaxy S24 ini, anda boleh layari laman web, facebook, X dan Instagram Samsung.

The post Review Pandang Pertama, Ini Apa Yang Siri Samsung Galaxy S24 Boleh Buat Bila Disemat AI appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*