‘Tak Boleh Lipat Risau ‘Benang’ Patah’ Ni Cara Simpan Samping Songket

cara simpan samping songket

‘Tak Boleh Lipat Risau ‘Benang’ Patah’ Ni Cara Simpan Samping Songket

Dijadikan sebagai pelengkap pakaian baju Melayu, samping adalah kain sarung yang dipakai selepas memakai seluar dengan menutup separuh tubuh antara pinggang dan lutut.

Kebiasaannya, pakaian Melayu ini dipakai oleh kaum lelaki dan merupakan pakaian tradisional masyarakat melayu.

Pada perayaan tertentu seperti Hari Raya, hampir semua kaum lelaki beragama Islam akan mengenakan busana baju Melayu bersama samping menjadikan ia pakaian yang paling sempurna pada hari tersebut.

Selain daripada samping, sesetengah kaum lelaki juga memilih untuk menggunakan kain pelikat sebagai alternatif untuk menggantikan samping.

Meskipun telah bertahun menggunakan samping kemungkinan masih ramai yang tidak mengetahui cara sebenar penjagaannya.

Kalau nak tahu, samping juga mempunyai cara penjagaan yang tersendiri lebih-lebih lagi jika samping itu ditenun jadi ia mestilah dijaga dengan baik.

BACA: “Sampin Macam ni Tandanya Nak Kahwin Dua,” Ini Keunikan Falsafah Melayu Dan Rahsia Disebalik Baju Melayu

Penjagaan rapi kain samping songket

Menerusi perkongsian daripada @meripergibulat di TikTok, lelaki tersebut menunjukkan cara penjagaan rapi dalam memastikan samping songket tidak rosak walaupun disimpan selama bertahun.

Dalam video tersebut, dia menerangkan bahawa setiap samping songket yang dibeli mestilah disimpan dalam gulungan.

Lelaki tersebut berkata disebabkan mempunyai samping yang banyak dia memilih untuk membuat sendiri tempat simpanan tersebut.

Hanya tiga peralatan sahaja yang diperlukan iaitu satu batang paip atau ‘stick’ yang keras, kotak dan juga silica.

Menurutnya, cara tersebut juga boleh dibuat menggunakan bahan yang lain seperti paip pvc yang mempunyai penahanan yang kukuh.

“Cara betul penjagaan samping, tidak boleh bagi ia berlipat kerana risau ‘benang’ patah.

“Kita kena biarkan ia di dalam gulungan. Ada juga yang menggunakan paip pvc,” katanya.

Kredit: @meripergibulat/TikTok

Ujarnya, masukkan stick itu ke dalam ruangan tengah samping kemudian gulung dan masukkan ke dalam kotak.

Bagi memastikan samping tersebut boleh digunakan secara turun-temurun, letakkan silica ke dalam kotak tersebut supaya ia boleh menyerap lembapan dan tiada kulat.

Perkongsian lelaki itu memberi pengetahuan baru kepada warga maya dan rata-rata mereka baru mengetahui cara penjagaan samping yang sebenar.

Untuk melihat bagaimana lelaki tersebut menyimpan samping itu di dalam gulungan sila klik video di bawah.

@meripergibulat

Cara simpan samping mahal-mahal yg betul! #songket #sampingsongket

♬ original sound – meri yang busy – meri yang busy

Sumber: @meripergibulat/TikTok

The post ‘Tak Boleh Lipat Risau ‘Benang’ Patah’ Ni Cara Simpan Samping Songket appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*