Ribuan Pencari Kerja Hadir “Interview” Di Ibu Pejabat Tesla Malaysia

interview pejabat tesla malaysia

Ribuan Pencari Kerja Hadir “Interview” Di Ibu Pejabat Tesla Malaysia

Ribuan orang ramai dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Tesla Malaysia untuk sesi temuduga secara ‘walk-in’ hari ini.

Menurut Astro Awani, sesi temuduga itu berlangsung bermula seawal jam 12 tengah hari hingga 4 petang di pejabat syarikat yang terletak di Persiaran Apec, Cyberview di Cyberjaya.

Kehadiran ribuan pencari kerja seawal jam 10.00 pagi dilaporkan telah menyebabkan kesesakan berlaku.

Terdahulu, Tesla telah mengiklankan pengambilan pekerja bagi operasi ibu pejabatnya yang pertama di Malaysia.

Sebanyak lima jawatan ditawarkan menerusi iklan itu kepada orang awam antaranya ialah penasihat jualan, penasihat jualan perusahaan, penasihat penghantaran, pakar sokongan pelanggan dan penasihat perkhidmatan.

Tesla Tawar 15 Pekerjaan Untuk Diisi Di Malaysia

Sebuah syarikat automobil yang menawarkan produk berupa kenderaan elektrik (EV), Tesla telah membuka beberapa peluang pekerjaan di Malaysia.

Berdasarkan laman web rasmi Tesla, syarikat berkenaan telah menawarkan sekurang-kurang 15 jawatan dalam segmen Kariernya.

Enam daripadanya berada dalam kategori Jualan dan Sokongan Pelanggan, empat jawatan dalam kategori Servis Kenderaan, dua jawatan dalam kategori Operasi dan Sokongan Perniagaan.

Manakala, selebihnya pula dalam beberapa kategori lain seperti Kewangan, Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dan lain-lain lagi.

Sebelum ini, Mementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke Malaysia.

Berita tersebut telah dimaklumkan menerusi salah satu ciapannya di Twitter (@tzafrul_aziz) pada 1 Mac lepas.

Dalam merealisasikan objektif ini, TESLA akan membuka sebuah ibu pejabat serta memperkenalkan Pusat Pengalaman Tesla dan Pusat Servis Tesla di Malaysia.

Selain itu, syarikat kereta elektrik ini juga bakal mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger-nya di Malaysia.

Kehadiran syarikat ini di Malaysia diramalkan dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang mampu menawarkan gaji lebih baik bagi segmen BEV.

Bukan itu sahaja, kehadirannya juga dapat meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem Tesla dalam peringkat domestik dan global.

“Kami gembira dengan keputusan Tesla untuk turut serta dalam ekosistem Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia. Ini membuktikan keyakinan Tesla terhadap asas ekonomi dan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia.

“Walaupun telah banyak jenama global utama memilih untuk melabur di Malaysia, MITI dan agensinya akan terus meningkatkan usaha dalam meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan, sambil terus menaikkan profil Malaysia sebagai negara pro-perdagangan, pro-industri dan pro-pelaburan.

“Kami juga akan memanfaatkan ekosistem Elektrik & Elektronik secara strategik bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan bagi teknologi berkaitan mobiliti elektrik,” kata beliau.

Kemasukan syarikat ini telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif BEV Global Leaders yang bertujuan membantu dalam meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tdomestik.

Sehubungan itu, ini menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaan BEV di negara ini.

Di samping itu, inisiatif ini juga bertujuan untuk menarik pelaburan daripada syarikat pengeluar BEV global terkemuka di Malaysia. Tesla difahamkan merupakan pemohon pertama inisiatif ini.

Sumber: Astro Awani

The post Ribuan Pencari Kerja Hadir “Interview” Di Ibu Pejabat Tesla Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*