Ngeri, Ular Ditemui ‘Beranak-Pinak’ Dalam “Aircond” Undang Rasa Bimbang

ular dalam aircond

Ngeri, Ular Ditemui ‘Beranak-Pinak’ Dalam “Aircond” Undang Rasa Bimbang

Ular adalah haiwan reptilia yang agresif dan sangat merbahaya kerana boleh mendatangkan kematian serta pelbagai bentuk kecederaan kepada mangsanya.

Walaupun ada sesetengah spesisnya tidak berbisa, namun kehadirannya pasti akan menimbulkan rasa takut khususnya kepada manusia.

Ular lazimnya ditemui di dalam hutan atau di kawasan semak samun, namun dalam satu video yang tular ini lain pula ceritanya.

Video yang dikongsikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di akaun TikTok memaparkan penemuan ular di bahagian penyaman udara sebuah rumah.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu Makhluk Halus?

Menurut APM, kesemua ular yang ditemui berjumlah enam ekor. Pihak APM juga turut menasihati supaya orang awam lebih peka dengan kehadiran haiwan ini khususnya pada musim panas.

“Depa buat rumah pula dalam aircond, panas panas ni hampa pi check cepat kat rumah hampa, steady je akak @Soley ni pegang 6 ekor terus,” tulis muat naik video tersebut.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut berasa takut dan ngeri dengan kejadian itu.

@apmlangkawi

depa buat rumah pula dalam aircond 😭🐍 panas panas ni hampa pi check cepat kat rumah hampa 😂 steady je akak @Soley ni pegang 6 ekor terus 🫡🦾 #apmeverest #angkatanpertahananawammalaysia #apmsanasini💙🧡🤙🏻 #foryoupage #fypシ゚viral🖤tiktok #langkawi #apmlangkawiterbaik

♬ Epic Music(812424) – Pavel

Sumber: APMLangkawi

The post Ngeri, Ular Ditemui ‘Beranak-Pinak’ Dalam “Aircond” Undang Rasa Bimbang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*