Tular Keadaan Selepas Ribut Landa Alor Setar, Pokok Tumbang Hempap Kenderaan

Ribut alor setar kenderaan pokok

Tular Keadaan Selepas Ribut Landa Alor Setar, Pokok Tumbang Hempap Kenderaan

Satu kejadian ribut dilapor melanda Alor Setar petang tadi mengakibatkan beberapa kenderaan dihempap pokok tumbang.

Memetik hantaran Facebook Kedah Kini, ribut berkenaan telah mengakibatkan pokok-pokok besar tumbang berdekatan Plaza Tol Alor Setar Utara.

Menerusi keterangan yang dimuat naik bersama, pokok tumbang itu menyebabkan lalu lintas sedikit terganggu dan menghempap beberapa kenderaan.

Dalam rakaman video yang dikongsikan oleh Kedah Kini juga, kenderaan-kenderaan yang dihempap kelihatan mengalami kerosakan terutamanya di bahagian luar.

Salah satu kenderaan mengalami kerosakan pada bahagian cermin tingkap belakang, apabila pokok tersebut menghempap dan memecahkan bahagian tersebut.

Kebanyakan kenderaan yang terbabit dalam insiden tersebut memiliki kesan remuk pada bahagian badannya.

Selain pokok tumbang, bumbung gerai-gerai turut dilaporkan melayang dan diterbangkan angin sehingga ke tengah jalan.

Berdasarkan gambar-gambar kiriman Facebook Bomba Alor Setar, banyak pokok tumbang dan dahan patah sepanjang jalan tersebut, selain kerosakan pada papan iklan.

Dalam hantaran yang sama, pihaknya meminta orang ramai agar berhati-hati ketika berada di mana-mana. Mereka turut meminta individu-individu yang terlibat untuk bertabah dalam menghadapi musibah yang dialaminya.

Gerai Tunggang Langgang, Viral Karnival Raya Padang Serai Dibadai Ribut

Terdahulu, beberapa gerai di tapak Karnival Raya Padang Serai dilaporkan roboh ekoran kejadian ribut yang melanda kawasan pada 29 Mac 2023.

Kejadian ribut berkenaan yang berlaku pada waktu petang itu turut berserta dengan hujan lebat.

Menurut seorang saksi, kejadian ribut berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.30 petang.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Kulim Media TV, beberapa video dan foto menunjukkan kesan kemusnahan selepas kejadian ribut itu berlaku.

Difahamkan, tapak kawasan karnival itu terletak di hadapan pusat beli belah, Serai Wangi Mall.

Tambahan lagi, kemusnahan yang berlaku melibatkan sekurang-kurangnya 82 khemah antaranya seperti bumbung terbang dan khemah terbalik.

Keadaan di lokasi ribut berkenaan turut menarik perhatian orang ramai, khususnya pengunjung yang berkongsi situasi semasa disana menerusi platform media sosial.

Hasil penelitian ke atas gambar-gambar tersebut, hanya beberapa khemah yang didapati masih berdiri dengan utuh dan manakala selebihnya sudah terbalik ataupun rosak teruk.

Peniaga-peniaga yang terlibat mungkin berdepan dengan kerugian yang besar.

BACA: Gerai Tunggang Langgang, Viral Karnival Raya Padang Serai Dibadai Ribut

Sumber: Kedah Kini & Bomba Ator Setar via Facebook

The post Tular Keadaan Selepas Ribut Landa Alor Setar, Pokok Tumbang Hempap Kenderaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*