Wanita Tak Sangka Jarum ‘Bersarang’ Dalam Otak Seumur Hidup

wanita jarum bersarang

Wanita Tak Sangka Jarum ‘Bersarang’ Dalam Otak Seumur Hidup

Seorang wanita warga Rusia tidak menyangka bahawa sebatang jarum berukuran tiga sentimeter (cm) ‘bersarang’ di dalam otaknya seumur hidupnya, lapor Oddity Central.

Menurut laporan, jarum itu ditemui selepas dirinya menjalani imbasan CT dan ia amat mengejutkan wara emas berusia 80 tahun itu.

Difahamkan seperti yang dinyatakan Jabatan Kesihatan Sakhalin, perbuatan memasukkan jarum ke dalam kepala adalah perkara biasa dalam waktu peperangan.

Ia mengimbas kembali kehidupan warga emas itu ketika zaman bayinya suatu ketika dahulu.

“Kes-kes sebegini (biasanya) terjadi semasa tahun kebuluran dan bukan perkara luar biasa, di mana jarum nipis dimasukkan ke dalam fontanelle bayi, yang mampu merosakkan otak.

Fontanelle segera ditutup, menyembunyikan kesan jenayah dan kemudiannya bayi tersebut mati,” katanya.

Pihak kesihatan mempercayai ibu bapa wanita tersebut memasukkan jarum ke dalam otaknya sejurus selepas kelahirannya.

Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana wanita tersebut terselamat daripada cubaan membunuh oleh ibu bapanya.

Kemungkinan ibu bapa wanita itu menganggap kelangsungan hidupnya sebagai satu keajaiban dan memutuskan bahawa dia memang ditakdirkan untuk hidup.

Pun begitu, apa yang lebih mengejutkan pihak kesihatan adalah hakikat warga emas tersebut tidak pernah mengalami sakit kepala meskipun terdapat benda asing di dalam otaknya.

Sekiranya imbasan CT tidak dilakukan, wanita tersebut tidak akan mengetahui ada jarum dalam otaknya.

Pihak kesihatan memaklumkan jika pihaknya melakukan pembedahan untuk mengeluarkan jaram itu, perkara itu akan mendatangkan bahaya kerana usianya yang lanjut.

Hasil perbincangan menyatakan jarum tersebut tidak menimbulkan ancaman kepada kesihatan dan wanita itu akan meneruskan kehidupannya seperti dahulu, namun dia masih kekal di bawah pengawasan doktor.

BACA: Doktor Jumpa Jarum Dalam Zakar Budak, Punca Sebab Bosan

Jarang berlaku namun terjadi sebab desakan hidup

Amalan sedemikian jarang berlaku di Rusia namun terdapat kemungkinan ia terjadi kerana ibu bapa tidak mampu menjaga bayi mereka ketika peperangan.

Ibu bapa yang menghadapi kesukaran didakwa memasukkan jarum nipis ke dalam otak anak melalui fontanelle, di celah tengkorak untuk membunuh mereka.

Difahamkan juga, kaedah tersebut tidak meninggalkan kesan kerana fontanelle cepat ditutup apabila bayi membesar dan tidak meninggalkan bukti pembunuhan.

Sumber: Oddity Central

BACA: Ustaz Kazim Elias Dakwa Pernah Derita Sebulan Tak Dapat Kencing, Perut Keluar Jarum Ketika Mandi

The post Wanita Tak Sangka Jarum ‘Bersarang’ Dalam Otak Seumur Hidup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*