1,074 Episod Bersamaan 24,702 Minit, Ini Masa Anda Perlukan Jika Baru Nak Mula Layan One Piece

episod one piece

1,074 Episod Bersamaan 24,702 Minit, Ini Masa Anda Perlukan Jika Baru Nak Mula Layan One Piece

Manga One Piece buat kali pertama menemui pembaca pada 1997 sebelum versi anime mula ke udara pada tahun 1999. Karya agung Eiichiro Oda itu mengetengahkan watak Monkey D. Luffy sebagai tunjang utama.

Ia mengisahkan pengembaraan Luffy selaku kapten lanun dan pemakan Devil Fruit, bersama krunya, Mugiwara Pirate mengembara di Grand Line memburu One Piece.

One Piece merupakan harta karun peninggalan Raja Lanun, Gol D Roger yang berada di sebuah pulau misteri. Mana-mana lanun yang berjaya menemui harta karun tersebut, secara rasminya akan ditabal menjadi Raja Lanun seterusnya.

Manga dan anime berkenaan terus bertahan sehingga ke hari ini. Setiap minggu, puluhan bahkan mungkin ratusan juta peminat siri ini menanti episod baharu dilancarkan.

Pelbagai rekod dipegang One Piece antaranya manga terlaris selama 11 tahun berturut-turut dari 2008 hingga 2108. Malah, lebih 500 juta salinan manga One Piece sudah pun terjual di seluruh dunia sejak ia dilancarkan.

Setakat 3 September, manga One Piece sudah pun mencapai episod ke 1091. Manakala versi animenya pula berada pada episod ke 1074.

Jika anda baru nak berjinak dan mengenali One Piece, anda mungkin tertanya-tanya berap lama masa yang diperlukan untuk menonton semua episod One Piece.

Sebanyak 1074 episod One Piece telah ditayangkan dalam bentuk anime

Menurut We Got This Covered, secara purata, setiap episod ditayangkan berdurasi sekitar 22 hingga 24 minit.

Jadi jika diambil 23 minit sebagai durasi standard dan darabkannya dengan bilangan episod semasa iaitu 1074 setakat artikel ini ditulis, maka jumlah keseluruhan masa yang diperlukan adalah 24,702 minit.

Jumlah itu bersamaan dengan sekitar 411.7  jam atau 17.15 hari tempoh masa yang diperlukan untuk menghabiskan kesemua episod tersebut.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Tempoh berkenaan sekiranya anda menonton tanpa henti dan tanpa sebarang gangguan, termasuk tidak tidur, tidak makan, tidak ke tandas atau ke mana-mana.

Namun, secara logiknya, mustahil untuk manusia hanya menonton televisyen tanpa berbuat apa-apa selama 17 hari berturut-turut.

Secara umumnya, jika anda menonton 10 episod sehari, anda memerlukan selama 107 hari untuk menghabiskan semua 1,074 episod yang dikeluarkan setakat ini.

Namu begitu, usah terburu-terburu. Anda masih ada masa dan siri One Piece masih jauh perjalanannya sebelum bertemu episod terakhir.

Apa yang anda perlukan adalah masa dan pembahagian masa yang teratur untuk makan, tidur dan menonton anime itu.

Sumber: We Got This Covered

The post 1,074 Episod Bersamaan 24,702 Minit, Ini Masa Anda Perlukan Jika Baru Nak Mula Layan One Piece appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*