Rohana Pulangkan AS$10 Juta, Aset 1MDB Kepada Kerajaan

Rohana pulangkan aset 1MDB

Rohana Pulangkan AS$10 Juta, Aset 1MDB Kepada Kerajaan

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan telah memulangkan wang AS$10 juta dan aset dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Kerajaan Malaysia.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kesemua wang termasuk aset terbabit dipulangkan kepada kerajaan pada tahun lepas selepas siasatan suruhanjaya itu selesai.

Sumber itu memaklumkan siasatan mendapati Rohana tidak mempunyai pengetahuan tentang sumber dana dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB yang dihantar oleh bekas rakan kongsi Goldman Sachs Inc, Tim Leissner.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

“Sehubungan itu, Rohana telah memulangkan keseluruhan jumlah wang dan aset tersebut secara sukarela kepada Kerajaan Malaysia.

Oleh demikian, siasatan membabitkan Rohana berkaitan dengan dana 1MDB selesai dan tiada tindakan undang-undang susulan terhadapnya,” menurut sumber itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut.

Pada 7 Mac lepas, Azam berkata sehingga kini jumlah keseluruhan aset 1MDB yang berjaya dikembalikan  adalah sebanyak RM28.93 bilion iaitu kira-kira 70 peratus.

Sumber: BERNAMA

The post Rohana Pulangkan AS$10 Juta, Aset 1MDB Kepada Kerajaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*