Asteroid Sebesar Bangunan Pencakar Langit Dijangka Lintasi Bumi Esok

Asteroid lintasi bumi

Asteroid Sebesar Bangunan Pencakar Langit Dijangka Lintasi Bumi Esok

Sebuah asteroid sebesar bangunan pencakar langit dijangka bakal melintasi Bumi pada esok dengan jarak yang sangat dekat dengan Bumi, lapor Insider.

Penemuan asteroid terbaharu yang dinamakan sebagai 2023DZ2 dijangka akan melintasi bumi dengan selamat pada esok hari.

Asteroid itu dijangka bergerak pada kelajuan lebih pantas daripada 17,400 batu sejam dan mempunyai diameter antara 140 kaki hingga 310 kaki.

“Walaupun lintasan jarak dekat merupakan kejadian yang biasa berlaku, namun untuk asteroid sebesar ini, ia hanya berlaku kira-kira sekali dalam 10 tahun. Ia memberikan peluang unik bagi bidang sains,” kata NASA.

Asteroid itu dijangka melepasi kira-kira 108,000 batu dari Bumi, iaitu lebih dekat daripada jarak kedudukan Bumi dan bulan.

NASA berkerjasama dengan agensi lain untuk mengkaji kesan ancaman asteroid

NASA berkata ahli astronomi bersama International Asteroid Warning Network sedang membantu mengkaji DZ2 untuk membantu keselamatan planet sekiranya ancaman daripada asteroid dikesan. Agensi tersebut adalah merupakan sekumpulan organisasi yang menjejak dan merancang risiko kesan kepada ancaman asteroid.

Kajian itu dibuat untuk mengetahui tindakan yang boleh diambil jika terdapat ancaman asteroid pada masa akan datang.

Berdasarkan laporan, asteroid itu dipercayai akan berada sangat hampir dengan Bumi pada sekitar jam 3.50 petang, waktu timur pada hari Sabtu menurut EarthSky.

Baca: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Asteroid tersebut mungkin boleh dilihat melalui teleskop kecil sewaktu ia sedang melintas. Peluang terbaik untuk melihatnya adalah pada malam Jumaat dari Hemisfera Utara.

Menurut EarthSky disebabkan jaraknya yang dekat dengan Bumi ia berkemungkinan akan terlihat seperti “bintang yang bergerak perlahan”.

Asteroid lintasi bumi

Asteroid itu juga dikatakan akan melintasi lima planet pada beberapa hari yang lalu, antaranya ialah Utarid, Musytari, Zuhrah, Uranus dan Marikh.

Asteroid tersebut dijangka sejajar dengan bulan dan membentuk arka yang hebat merentasi langit malam dalam kejadian kosmik yang jarang berlaku.

Terdahulu, ahli astronomi Jepun mengesan kewujudan sebuah kawah baharu di permukaan Bulan selepas asteroid kecil terhempas pada kelajuan kira-kira 30,000mph.

Memetik Daily Star, asteroid itu dikatakan terjatuh berhampiran kawah Ideler L, berhampiran barat laut dari kawah Pitiscus sehingga membentuk kawah baharu sepanjang 40 kaki.

Kurator Muzium Bandaraya Hiratsuka, Daichi Fujii mengesan kawah baharu itu ketika dia sedang mengkaji permukaan Bulan pada 23 Februari lalu sekitar 8:15 malam waktu tempatan.

Sumber: Insider

The post Asteroid Sebesar Bangunan Pencakar Langit Dijangka Lintasi Bumi Esok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*