Rosakkan Harta Sekolah, Pelajar Bakal Jalani Khidmat Komuniti

pelajar jalani khidmat komuniti

Rosakkan Harta Sekolah, Pelajar Bakal Jalani Khidmat Komuniti

GEORGETOWN — Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa sekumpulan pelajar yang terlibat dalam kes tular vandalisme di sebuah sekolah akan menjalani khidmat komuniti.

Langkah tersebut sebagai intervensi sahsiah dan adab bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.

Maklum kenyataan itu, tindakan sewajarnya sedang diambil oleh pihak sekolah yang mana telah memanggil murid terlibat bersama waris bagi membincangkan isu tersebut semalam.

“JPN amat kesal akan kejadian tersebut dan akan memastikan isu ini diberi perhatian yang serius oleh pihak sekolah.

“Langkah didikan akhlak serta pencegahan segera akan diambil bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi,” kata kenyataan itu semalam.

Pelajar jalani khidmat komuniti

Tambah JPN Pulau Pinang, pihaknya mengambil maklum berhubung video tular itu yang memaparkan perlakuan murid pada akhir sesi persekolahan 2022.

Nilai kerugian dan kerosakan harta benda juga sedang dalam siasatan.

“Kami memandang serius sebarang salah laku termasuklah vandalisme dan gangsterisme membabitkan murid sekolah di negeri ini.

“Pihak pentadbir sekolah di semua peringkat seringkali diingatkan untuk mengambil langkah-langkah wajar bagi membendung dan mencegah perlakuan sedemikian.

Dalam pada itu, JPN Pulau Pinang turut memohon mana-mana portal yang menyiarkan video tersebut tanpa menutup muka murid disarankan untuk memadam video berkenaan.

Tambahan lagi, ia juga bercanggah dengan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

BACA JUGA: Hempas Kerusi, Pelajar Didakwa Rosak Harta Benda Sekolah

Sehubungan itu, JPN Pulau Pinang sentiasa komited untuk memastikan kesejahteraan guru dan murid diberi perhatian.

“Justeru, kempen hentikan vandalisme serta pelan tindakan komprehensif akan dipergiatkan agar selari dengan tujuh teras Kementerian Pendidian Malaysia (KPM),” jelas kenyataan itu lagi.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai aksi sekumpulan pelajar yang dipercayai merosakkan harta benda milik sekolah, lapor Bernama.

Dalam rakaman berkenaan, harta benda sekolah seperti kerusi dan kipas di dalam kelas telah dirosakkan oleh mereka.

Susulan tular perkongsian itu, ia telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan tersebut yang dianggap sebagai satu vandalisme.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia/Jabatan Pendidikan Pulau Pinang

The post Rosakkan Harta Sekolah, Pelajar Bakal Jalani Khidmat Komuniti appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*