Runtuhan Gudang: JKKP Arah Henti Kerja Di Kawasan Insiden 

runtuhan gudang jkkp

Runtuhan Gudang: JKKP Arah Henti Kerja Di Kawasan Insiden 

PUTRAJAYA, 29 Nov (Bernama) — Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan serta-merta semua aktiviti kerja di kawasan insiden runtuhan projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Pulau Pinang bagi tujuan siasatan.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan JKKP Pulau Pinang telah diarah menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca berlakunya tragedi itu semalam.

“Siasatan bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat pelanggaran kehendak perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” menurut KSM.

BACA JUGA: Runtuhan Gudang: Empat Mangsa Yang Dikhuatiri Terperangkap, Dikesan Melarikan Diri 

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah menjadi kewajipan setiap majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya mahupun orang awam di tempat kerja di bawah kawalannya.

Dalam kejadian pukul 9.58 malam itu, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut selepas gudang logistik yang sedang dalam pembinaan itu runtuh manakala dua lagi mangsa dilaporkan parah dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Sumber: BERNAMA

The post Runtuhan Gudang: JKKP Arah Henti Kerja Di Kawasan Insiden  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*