Larangan pemanduan kenderaan berat sempena Tahun Baharu Cina

PETALING JAYA – Penguatkuasaan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) akan dilaksanakan bersempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada 22 dan 23 Januari ini.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan berkata, larangan itu akan mula dikuatkuasakan pada 20 dan 21 Januari (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 Januari (selepas perayaan) dengan mengambilkira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman.

“MOT melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Kempen Keselamatan Jalan Raya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mematuhi peraturan-peraturan jalan raya seterusnya mengurangkan risiko berlakunya nahas jalan raya.

Grafik tentang larangan pemanduan kenderaan barangan sempena Tahun Baharu Cina.

 

“Tujuan utama road-ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu katanya, perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama- sama road-ban ini.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat Kaedah/Perintah serta butiran terperinci mengenai larangan berkenaan di laman web www.lom.agc.gov.my

“MOT juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya dan menasihatkan semua agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan semasa memandu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Larangan pemanduan kenderaan berat sempena Tahun Baharu Cina appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*