Rusia Dakwa Ukraine Hantar Dron Serang Rumah Presiden Vladimir Putin

dron serang rumah putin

Rusia Dakwa Ukraine Hantar Dron Serang Rumah Presiden Vladimir Putin

Rusia didakwa berjaya mematahkan dua serangan dron dari Ukraine ke atas kediaman presiden Vladmir Putin semalam dan mengancam untuk bertindak balas terhadap Kyiv.

Memetik Sky News, Kremlin telah menuduh Ukraine atas serangan tersebut.

Kremlin juga berkata bahawa tentera Rusia dan pasukan keselamatan telah berjaya melumpuhkan dron tersebut sebelum ia mula menyerang.

Putin tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada mangsa atau kerosakan yang dilaporkan berlaku atas ancaman serangan berkenaan.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu agensi berita Rusia bahawa Putin tidak berada di Kremlin pada masa kejadian dan sedang berada di luar Moscow.

Sementara itu, speaker parlimen Rusia telah menuntut penggunaan “senjata yang mampu menghentikan dan memusnahkan rejim pengganas Kyiv” sebagai tindak balas.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Telegram, Vyacheslav Volodin berkata, Rusia tidak sepatutnya berunding dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.

“Pada Rabu malam, rejim Kyiv membuat percubaan untuk menyerang menggunakan UAV di kediaman Kremlin Presiden Rusia, Vladimir Putin,” kata Kremlin dalam satu kenyataan.

“Dua dron udara telah disasarkan ke Kremlin.

“Hasil tindakan pantas yang dilakukan oleh tentera dan perkhidmatan khas dengan mengggunakan sistem perang radar, dron itu berjaya dilumpuhkan,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu juga berkata bahawa Rusia berhak untuk membalas dendam, sambil mencadangkan Moscow meningkatkan serangannya di Ukraine.

Rakaman yang dikongsikan di media sosial Rusia menunjukkan objek berterbangan telah meletup di atas kubah bangunan senat Kremlin yang menghadap Dataran Merah.

Kredit Sky News

Sebuah lagi video juga menunjukkan kepulan asap dilihat di atas bangunan Kremlin berikutan serangan udara seperti yang didakwa.

Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin berkata bandar itu telah memperkenalkan larangan serta-merta terhadap penerbangan dron tanpa kebenaran.

Ukraine menolak dakwaan serangan tersebut

Seorang Pegawai Kanan Presiden Ukraine berkata, Kyiv tidak ada kaitan dengan serangan dron seperti yang didakwa tersebut.

Penasihat Presiden Mykhailo Podolyak berkata dakwaan Kremlin menunjukkan Rusia sedang bersiap sedia untuk serangan “pengganas” berskala besar terhadap Ukraine.

“Sudah tentu, Ukraine tiada kaitan dengan serangan dron ke atas Kremlin. Kami tidak menyerang Kremlin kerana ia tidak akan menyelesaikan tugas ketenteraan,” katanya.

“Pada pendapat saya, jelas sekali bahawa kedua-dua ‘laporan tentang serangan ke atas Kremlin’ merupakan tujuan sabotaj ke atas Ukraine di Crimea.

“Ia jelas menunjukkan tindakan itu sebagai provokasi pengganas berskala besar oleh Rusia dalam beberapa hari akan datang,” tambahnya lagi.

Tidak lama selepas dakwaan serangan ke atas Kremlin, Ukraine melaporkan bahawa terdapat amaran serangan udara ke atas Kyiv dan bandar-bandar lainnya.

Penganalisis tentera Sean Bell memberitahu Sky News, walaupun Ukraine terlibat aktif dengan aktiviti dron, namun ia sangsi bahawa Ukraine akan begitu berani untuk melakukan serangan berkenaan.

Sumber: Sky News

The post Rusia Dakwa Ukraine Hantar Dron Serang Rumah Presiden Vladimir Putin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*