Sampai Bila Perlu Rakyat Tanggung Keadaan Sebegini? – Sultan Ibrahim

sultan ibrahim rakyat

Sampai Bila Perlu Rakyat Tanggung Keadaan Sebegini? – Sultan Ibrahim

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah menyuarakan kebimbangan baginda akan desas-desus berkenaan kestabilan kerajaan yang terus menjadi perbualan sehingga hari ini.

Baginda bertitah perkara mengenai kestabilan kerajaan masih lagi kedengaran walaupun sudah enam bulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

“Rakyat telah menaruh harapan tinggi dalam PRU 15 lalu, dan telah memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.

“Namun, sehingga kini, 222 ahli Parlimen ini masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina,” titahnya.

Sultan Ibrahim berkata demikian dalam titah yang dikongsikan di media sosial rasminya malam ini.

Ujar baginda, keadaan sebegini adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara, baik daripada segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan di peringkat antarabangsa.

“Sudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini?

“Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan,” titah baginda.

BACA: Agong Dahulukan Rakyat, Beri Laluan Kepada Ambulans

Khabar angin jatuhkan kerajaan

Sebelum ini, media melaporkan terdapat khabar angin yang mengatakan ada gerakan yang mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Lapor Sinar Harian, gerakan tersebut bekerjasama untuk menggulingkan kerajaan dengan meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen.

Sekiranya ahli Parlimen melakukan tindakan sedemikian, maka pilihan raya kecil akan diadakan.

Mengikut undang-undang antilompat parti, perkara itu akan membuatkan kerajaan kehilangan kerusi di Dewan Rakyat, sekali gus pilihan raya kecil akan berlaku.

Dalam pada itu, Presiden MCA, Wee Ka Siong tampil menafikan dakwaan terbabit di media sosial miliknya pada Isnin.

Beliau turut menyifatkan perbuatan tersebut adalah mengarut dan tidak berasas.

Ujar Ka siong, pihaknya tidak mengetahui mengenai kewujudan gerakan tersebut seperti yang dilaporkan media.

Tambahnya, langkah tersebut tidak akan disokong oleh MCA dalam mencetuskan pilihan raya kecil diadakan sekiranya ahli Parlimen memilih untuk mengorbankan kerusi mereka.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd Aziz berkata tindakan sesetengah pihak dalam melakukan perkara itu perlu dihentikan.

Jelasnya, perkara itu akan menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap ahli politik sekiranya berlarutan.

Beliau berkata demikian dalam satu ciapan di laman Twitter.

Sumber: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

The post Sampai Bila Perlu Rakyat Tanggung Keadaan Sebegini? – Sultan Ibrahim appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*