Sadio Mane Kahwini Kekasih Yang Dicintai Sejak Umur 18 Tahun

sadio mane kekasih umur 18 tahun

Sadio Mane Kahwini Kekasih Yang Dicintai Sejak Umur 18 Tahun

Mengenakan busana serba putih, bintang bola sepak Al-Nassr, Sadio Mane dilapor telah berkahwin bersama kekasih hati, Aisha Tamba dalam sebuah majlis tertutup di negara asalnya, Senegal Ahad lalu.

Lapor Daily Mail, bekas bintang Liverpool itu mengahwini teman wanita yang dicintainya ketika beliau berusia 18 tahun dalam satu majlis dihadiri keluarga dan rakan rapat yang diadakan di Keur Massar, sebuah kawasan di ibu kota Dakar.

Pemain berusia 31 tahun itu turut memberi ucapan selamat dalam majlisnya yang turut ditemani dengan alunan muzik, peminat dan ucapan aluan daripada Presiden Senegal, Macky Sall.

Beberapa laporan mendakwa pasangan sejoli itu telah lama berpacaran meskipun tidak diketahui dengan tepat jangka masanya.

Difahamkan juga, Sane telah lama menjalankan tanggungjawabnya dengan membayar bil Aisha ketika dia berada di bangku sekolah.

Gambar perkahwinan mereka telah dimuat naik di laman Instagram oleh syarikat fotografi @Magvision_Evens_Officiel.

Dalam hantaran itu, Mane dan Aisha mempamerkan kemesraan mereka berdua dengan berpegangan tangan sambil menunjukkan senyum manis selepas majlis berlangsung.

Mereka berdua telah dibesarkan di kawasan Casamance di Senegal dan merupakan anak kepada seorang arkitek.

Sementara itu, dalam hantaran yang sama terdapat satu imej menunjukkan pasangan itu duduk di bawah paparan bunga mawar, dengan perkataan ‘Puan Mane’ tertera di dinding.

BACA: United Airlines Menemukan Bolt Longgar Pada Armada 737 Max-9

Gambar-gambar perkahwinan tersebut menunjukkan Aisha memakai gaun dengan gaya ikan duyung, berenda, berlengan panjang dan bertudung sutera.

Manakala Mane pula dilihat memakai pakaian tradisional Senegal dalam gambar.

Semasa berada di Liverpool, Mane tidak membuat sebarang pengumuman mengenai status hubungannya pada media.

Mane mula beraksi apabila Senegal memulakan pertahanan di Piala Negara Afrika, yang merupakan kejohanan utama benua di Afrika menentang Gambia pada Isnin.

Senegal akan meneruskan perlawanan menentang Cameroon dan Guinea dalam peringkat kumpulan dan disenaraikan antara pasukan pilihan untuk memenangi trofi itu.

Sumber: Mag Vision, Daily Mail,

The post Sadio Mane Kahwini Kekasih Yang Dicintai Sejak Umur 18 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*