KPDN Melaka Serbu, Bongkar ‘Kedai Runcit Rimba’ Dikendali Warga Asing

kpdn serbuan kedai runcit bangladesh

KPDN Melaka Serbu, Bongkar ‘Kedai Runcit Rimba’ Dikendali Warga Asing

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyerbu dan membongkar aktiviti ‘kedai runcit rimba’ di negeri berkenaan.

Menurut Sinar Harian, kedai ibarat ‘perkampungan’ warga asing itu disyaki menjual pelbagai barang kawalan tanpa lesen.

Dipercayai wujud sejak lima tahun lalu, kawasan berkenaan turut dilengkapi dengan kemudahan surau selain terdapat ternakan ayam dan itik.

Menurut Pengarah KPDN, Norena Jaafar, risikan dan intipan dijalankan selepas pihaknya menerima aduan yang memaklumkan kewujudan kedai tersebut menerusi platform media sosial.

Jelasnya, kedai runcit berkenaan telah diuruskan seorang lelaki warga asing yang berusia dalam lingkungan 36 tahun.

Pemilik premis berkenaan dipercayai menjual beberapa barangan kawalan seperti gula, minyak masak, tepung gandum dan gas tong petroleum cecair (LPG).

Penjualan bahan-bahan tersebut dilakukan tanpa lesen dan permit sah, sama ada daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun KPDN.

Harga barang kawalan dijual tidak mengikut harga pasaran

Malah, hasil soal siasat ke atas lelaki tersebut turut mendapati harga barang kawalan yang dijual di kedainya tidak mengikut harga pasaran.

Minyak masak peket satu kilogram (kg) dijual dengan harga RM5, manakala tepung gandum pula dijual dengan harga lebih tinggi iaitu RM3.50 berbanding harga pasarannya, RM2.85.

“Hasil serbuan, memang betul dia ada menjual barang kawalan dan kita akan mengambil tindakan menyita, seterusnya membuka kes mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Lelaki itu juga mengakui memperoleh bekalan barang kawalan yang dihantar pembekal ke premis itu menggunakan perkhidmatan e-hailing,” katanya.

Kata Norena, hasil semakan pihaknya mendapati bahawa pembekal barang kawalan tersebut merupakan pembekal dari luar Melaka.

Manakala, barang yang dijual di dalam kedai berkenaan telah dijual kepada pekerja warga asing yang menetap di rumah kongsi tersebut.

Tambahnya, pihak pengurusan tempat pelancongan itu sendiri tidak mengetahui kewujudan kemudahan kedai runcit dalam perkampungan warga asing ini.

Menurut Norena, agensi berkaitan perlu memantau kawasan ini, sama ada perkampungan ini merupakan penempatan haram atau sebaliknya.

Ia memandangkan lokasi berkenaan yang terletak di kawasan agak tersorok, bersemak dan berdekatan dengan kawasan hutan.

“Kita harap pihak-pihak terlibat dapat pergi bersama di kawasan pelancongan ini, malah isi rumah di sini agak ramai terdapat lebih 40 pintu rumah kongsi.

“KPDN juga mengingatkan pemborong di negeri ini jangan terlibat dengan kegiatan tidak bermoral ini demi keuntungan sanggup ketepikan undang-undang,” ujarnya.

BACA: Tak Ada Selekoh Langsung, Kenali Lebuh Raya Terlurus Di Dunia Sepanjang 255km

Sumber: Sinar Harian

The post KPDN Melaka Serbu, Bongkar ‘Kedai Runcit Rimba’ Dikendali Warga Asing appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*