Pemberian Tiket Coldplay Sebagai Mas Kahwin Tidak Sah, Tiada Nilai – Mufti Pahang

tiket coldplay mas kahwin mufti

Pemberian Tiket Coldplay Sebagai Mas Kahwin Tidak Sah, Tiada Nilai – Mufti Pahang

Baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki yang menggantikan mas kahwin dengan tiket konsert Coldplay susulan kedatangan kumpulan terkenal itu ke Malaysia pada November ini.

Memetik Sinar Harian, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman bagaimanapun berkata pemberian tiket itu sebagai mas kahwin adalah tidak sah.

Jelasnya, hal ini kerana ia tidak mempunyai nilai dan perkara itu juga bercanggah dengan hukum syarak.

“Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50 yang nilainya sama dengan seekor lembu.

“Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu.

“Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay,” katanya.

Abdul Rahman berkata walaupun mas kahwin tidak disebut semasa akad nikah, perkahwinan tetap akan menjadi sah.

Pun begitu, jika hanya tiket Coldplay diberikan semata-mata dan dijadikan mas kahwin maka ia tidak sah kerana tidak mempunyai nilai.

BACA: Rakyat Di Selangor Minat Coldplay Kerana Muzik, Bukan Gerakan Pelangi – Amirudin Shari

Tular Pengantin Jadikan Tiket Konsert Coldplay Sebagai Mas Kahwin

Kredit: Makassar Info

Sebelum ini, media melaporkan seorang pasangan pengantin lelaki memberikan tiket Coldplay sebagai mas kahwin mereka dan perkara itu menjadi tular di media sosial Indonesia.

Video tular tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama @orangdalamkamu di Twitter miliknya.

Pengguna itu juga mendedahkan bahawa pasangan pengantin itu merupakan saudaranya.

“Saya nikahkan dan saya kahwinkan anak kandung saya, Anastasya Ayu Widiana kepada engkau dengan mas kahwin 21 gram logam, sepersalinan alat solat dan tiket Coldplay,” ujar sang wali yang merupakan bapa pengantin perempuan.

“Saya terima nikahnya dan kahwinnya Anastasya Ayu Widiadana binti Ahmad dengan mas kahwinya tersebut tunai,” jawab pula pengantin lelaki di dalam video tersebut.

“Saudara saya berkahwin menggunakan mas kahwin tiket Coldplay, perkahwinan itu disokong Chris Martin,” tulis ciapan muat naik tersebut.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Nak Tambah ‘Followers’ Punya Pasal, Trend Kongsi Tips Pelik Di Media Sosial Makin Menjadi-jadi?

The post Pemberian Tiket Coldplay Sebagai Mas Kahwin Tidak Sah, Tiada Nilai – Mufti Pahang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*