“Sah Ke Tak?” Lebih 5 Juta Tontonan, Pelari Lompat Di Garisan Penamat Buat Ramai Tertanya

Pelari Lompat Di Garisan Penamat

Berjaya melepasi garis penamat adalah salah satu impian seorang atlet larian apatah lagi jika memenangi pertandingan tersebut tidak kira acara pecut atau jarak jauh.

Memang kemenangan yang dicari tetapi kalau bukan rezeki, nak buat macam mana, bukan? Kita sudah melakukan yang terbaik, namun saingan kita juga wakil terbaik yang telah dipilih.

Tidak dinafikan semangat bersaing perlu ditonjolkan dalam apa-apa pertandingan yang disertai, justeru perasaan itu sendiri akan dapat mengurangkan rasa gementar dalam diri yang mampu mengundang kepada kekalahan.

Semuanya akan menentukan siapa dahulu yang melepasi garisan penamat. Menjadi pertanyaan, adakah tindakan melompat pada garisan penamat dibolehkan dalam acara larian?

Hal ini kerana perkongsian daripada @TansuYegan di laman Twitter memaparkan aksi seorang pelari yang melompat untuk menamatkan lariannya. Video itu telah mendapat 5,500  tontonan, 35.6,600 tanda suka dan 4,136 tanda kongsi.

Dalam video yang berdurasi 11 saat itu, dapat dilihat dua orang pelari bersaing untuk merebut gelaran juara, disebabkan itu, salah seorang daripada mereka bertindak untuk melompat untuk melepasi garisan penamat dengan lebih awal.

Reaksi daripada warganet

Menerusi laman Twitter, rata-rata warganet mengatakan bahawa tindakan itu adalah salah dalam undang-undang larian. Ada yang mengatakan bahawa, pemenang hanya akan dikira sekiranya kaki pelari mendarat di garisan penamat sahaja.

Bukan hanya itu, ada juga yang warganet yang bersimpati akan nasib pelari tersebut selepas melakukan tindakan yang mampu memudaratkan diri sendri.

“Semua orang mempersoalkan adakah tindakannya itu betul atau tidak, tetapi saya ingin tahu adakah dia mengalami kecederaan kerana pendaratannya dilihat seperti sesuatu yang mampu mendatangkan kecederaan,” maklumnya dalam komen.

Bukan hanya itu, ada juga komen yang ditinggalkan memuji tindakan pelari tersebut. Hal ini kerana menurut salah seorang pengguna Twitter, tindakan itu patut dipuji kerana memberi satu kelainan dalam sukan larian untuk memenangi sesuatu acara.

“Pertama kali saya tengok, ia memang salah dalam peraturan larian. Tetapi dia juga patut dipuji kerana usaha inovatif yang dipaparkannya untuk menang.”

 

Pelari Lompat Di Garisan Penamat
Kredit: @TansuYegen | Twitter

 

Pelari Lompat Di Garisan Penamat
Kredit: @TansuYegen | Twitter

 

Dalam masa yang sama, video akan dilampirkan untuk tontonan umum. Selamat menonton!

The post “Sah Ke Tak?” Lebih 5 Juta Tontonan, Pelari Lompat Di Garisan Penamat Buat Ramai Tertanya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*