Sah Tinggalkan Real Madrid, Benzema Terbang Ke Kelab Arab Saudi, Al Ittihad

Benzema Tinggalkan Real Madrid

Sah Tinggalkan Real Madrid, Benzema Terbang Ke Kelab Arab Saudi, Al Ittihad

MADRID — Penyerang Real Madrid, Karim Benzema mengesahkan tidak lagi bersama kelab dari Sepanyol itu bagi musim akan datang selepas kontraknya tamat pada bulan ini, lapor ESPN.

Dalam pada itu, pengumuman berkenaan turut dimaklumkan oleh pengurusan kelab dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Benzema Tinggalkan Real Madrid

“Real Madrid FC dan Kapten Pasukan, Karim Benzema telah bersetuju untuk menamatkan masa cemerlangnya dan sebagai pemain untuk kelab kami.

“Real Madrid mengucapkan terima kasih dan menzahirkan rasa cinta kepadanya yang telah menjadi salah seorang pemain lagenda terhebat kami,” maklum kelab itu.

Gambar: Javier Soriano / AFP /File

Tambah gergasi bola sepak Sepanyol itu, pemain berusia 36 tahun tersebut telah menjadi contoh dengan tingkah laku dan profesionalisme yang ditampilkannya.

“Benzema juga telah mmpersembahkan nilai-nilai terhadap kelab ini. Oleh itu, dia berhak untuk menentukan masa depannya.

“Real Madrid sentiasa menjadi rumah baginya dan kami mendoakan yang terbaik untuk beliau dan seluruh keluarganya dalam fasa baharu kehidupan,” jelas Real Madrid.

Majlis Perpisahan

Menurut kelab itu, satu majlis akan diadakan di padang latihan pada hari Selasa, 6 Jun. Ia bagi memberikan penghormatan kepada Benzema.

Presiden Real Madrid, Florentino Pérez juga dijangka bakal menghadiri majlis tersebut.

Tawaran Lumayan Daripada Kelab Arab Saudi 

Difahamkan, pemain kebangsaan Perancis itu dijangka menandatangani kontrak bersama kelab baharu dari Arab Saudi, Al Ittihad

Benzema mengambil keputusan untuk berkelana ke liga Arab itu selepas 14 tahun bermain di LaLiga. Tambahan lagi, kelab dari timur tengah itu turut menawarkan kontrak yang lumayan kepadanya.

BACA JUGA: Penyerang Real Madrid, Karim Benzema Dinobat Pemenang Ballon d’Or 2022

Al Ittihad menawarkan kontrak selama dua tahun dengan nilai sekitar RM 1.9 bilion (€400 juta) bagi mendatangkan bintang Perancis itu.

Ia adalah perjanjian yang sama seperti Cristiano Ronaldo yang menyertai Al Nassr selepas meninggalkan Manchester United pada musim ini.

Sementara itu, wartawan bola sepak, Fabrizio Romano turut melaporkan berita tentang pemain tersebut dalam satu kenyataan.

“Karim Benzema, dijemput ke Saudi minggu depan untuk mempersiapkan perpindahannya ke Al Ittihad sebagai bintang baharu liga Arab. Pengumuman itu dijangka minggu depan jika semua berjalan seperti yang dirancang – mungkin hari Rabu,” maklumnya.

Karier Bola Sepak Karim Benzema

Gambar: AFP

Benzema mula menyertai Real Madrid pada 2009 selepas tiba dari Lyon. Walaupun pada awalnya sukar untuk menonjolkan ketajaman di barisan hadapan, gabungan Benzema, Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale antara ‘trio’ paling digeruni dalam sejarah.

Pada musim lalu, Benzema berjaya menampilkan aksi yang memukau selepas membawa Real Madrid menjuarai LaLiga dan Liga Juara-Juara. Oleh itu, Benzema dianugerahkan Ballon d’Or pada Oktober tahun lalu.

Musim ini menyaksikan pemain itu bergelut dengan kecederaan bahkan terlepas Piala Dunia Qatar namun masih dapat menyumbangkan 18 gol dalam 23 perlawanan LaLiga.

Untuk makluman, Benzema merupakan penjaring gol kedua tertinggi sepanjang masa Real Madrid. Dia telah berjaya mencipta rekod 25 trofi bersama kelab itu termasuk lima Liga Juara-Juara dan empat gelaran LaLiga serta anugerah Ballon d’Or 2022.

Sumber: ESPN, Real Madrid, Fabrizio Romano 

The post Sah Tinggalkan Real Madrid, Benzema Terbang Ke Kelab Arab Saudi, Al Ittihad appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*