Salah Satu Pulau Terpadat Di Dunia, Kenali Pulau Bungin

kenali pulau bungin

Salah Satu Pulau Terpadat Di Dunia, Kenali Pulau Bungin

Pulau adalah tempat yang paling seronok untuk menghilangkan tekanan kerana keindahan alam dapat dirasai diikuti dengan bunyi air laut yang cukup menenangkan.

Jika melihat di dunia sekeliling, kebanyakan pulau dijadikan sebagai pusat pelancongan.

Namun, pernah atau tidak anda menyelami mengenai pulau Bungin?

Bagi yang belum tahu, pulau Bungin terletak di negara jiran iaitu di Indonesia.

Memetik Kompas.com, Pulau Bungin merupakan pulau terpencil yang terletak di Kecamatan Alas, Kabupaten Sumbawa, Provinsi Nusa Tenggara Barat.

Susulan itu, pulau Bungin juga dikenali sebagai salah satu pulau yang terpadat di dunia.

Difahamkan, tiada tanah atau ruangan kosong di kawasan itu kerana semua kawasan tanah telah dipenuhi oleh rumah penduduk.

Keadaan Geografi Pulau Bungin 

Selain itu, pulau itu juga tidak mempunyai garis pantai yang memisahkan kawasan darat dan laut kerana rumah-rumah di situ dibina saling berdekatan antara satu sama lain.

Menurut kompas, pulau tersebut memiliki keluasan sebesar 8.5 hektar dan diduduki oleh 3,400 orang penduduk.

Ekoran pertambahan rumah, keluasan pulau Bungin juga bertambah dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, ada beberapa keluarga yang terpaksa berkongsi rumah disebabkan kawasan tanah yang terhad.

Gambar: Kompas.com

Difahamkan, tempat itu mengambil masa kira-kira 2 jam dari bandar Kabupaten Sumbawa.

BACA JUGA: Ais Di Lautan Artik Diramal Cair Pada 2030, Sedekad Lebih Awal Berbanding Jangkaan Sebelum Ini

Gambar: Kompas.com

Adat di Pulau Bungin 

Majoriti pulau Bungin didiami oleh keturunan Bajo dari Sulawesi, yang dikenal sebagai suku pengembara laut dan penyelam.

Menurut kompas, Sejak kecil, kanak-kanak di Bungin sudah mahir bermain di lautan dan menyelam untuk berburu ikan. Mereka lazim bermain perahu di laut tanpa pengawasan orang tua.

Kanak-kanak yang masih sekolah pun sudah mampu mencari wang sendiri yang diperolehi daripada berburu ikan di laut.

Sejak kecil mereka telah dibiasakan dengan keadaan di laut. Malah, mereka juga melakukan upacara Toyah bagi bayi.

Menurut ketua kampung pulau Bungin, Marsono, setiap bayi akan dipangku secara bergantian duduk di atas ayunan.

“Ayunan diibaratkan seperti gelombang air laut yang akan dihadapi sepanjang anak mereka membesar.

“Biar bayi ini terbiasa dengan ombak, dan selalu diberikan keselamatan,” katanya.

Majoriti penduduk Bungin bekerja sebagai nelayan. Ada antara mereka akan menyelam atau memanah mencari ikan. Sebahagian lagi, menggunakan jaring atau mencari lobster.

Selain itu, upacara Toyah adalah adat suku kaum disini yang akan diadakan untuk bayi penduduk-penduduk disitu.

Penduduk Pulau Bungin Adalah Penduduk Tetap Dan Tidak Merantau

Tambahan lagi, penduduk Bungin dianggap sebagai penduduk tetap kerana mereka tidak merantau ke tempat lain dan kebanyakan dari mereka memilih untuk berkahwin dengan penduduk di sekitar situ juga.

Justeru, ia menyebabkan pulau itu padat dan tidak mempunyai tanah yang cukup.

Sumber: Kompas 

The post Salah Satu Pulau Terpadat Di Dunia, Kenali Pulau Bungin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*