Polis Nafi Video Tular Kenderaan Miliki 397 Saman Tertunggak

397 saman

Polis Nafi Video Tular Kenderaan Miliki 397 Saman Tertunggak

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari ini menafikan dakwaan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang didakwa memiliki tunggakan sebanyak 397 saman di sebuah kawasan perumahan di Mount Kiara.

Kenyataan itu dikeluarkan PDRM selepas video berkenaan kenderaan tersebut telah tular di media sosial.

Timbalan Pengarah (1) Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, semakan telah dibuat dan mendapati tiada sebarang tunggakan saman dimilik kenderaan tersebut.

“Hasil semakan dijalankan mendapati video tersebut tidak benar dan tiada sebarang tunggakan saman dimiliki.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurut Sinar Harian, video tular tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna pada hari ini. Muat naik di TikTok itu mendakwa bahawa kenderaan tersebut mempunyai sebanyak 397 saman tertunggak.

Selain itu, video tersebut turut menyatakan bahawa pemilik kenderaan terbabit tidak dikenakan sebarang tindakan biarpun telah memiliki jumlah saman yang banyak.

BACA: Dapat Tahu Isteri Ada “GF”, Lelaki Nekad Failkan Saman Terhadap Isteri

Anggota Polis Keluarkan Saman Gagal Pamer Cukai Jalan Bakal Disiasat

Sementara itu satu siasatan dalaman akan dilakukan oleh polis terhadap seorang anggota perondanya yang didakwa mengeluarkan saman ke atas seorang individu.

Individu tersebut didakwa gagal mempamerkan cukai jalan dan ia berlaku di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, satu hantaran telah dimuat naik oleh seorang individu di Facebook.

Ia berhubung gambar yang memaparkan saman polis  dikeluarkan terhadapnya telah dikesan oleh pihaknya.

Menurut Mohamad Fakhrudin, semakan mendapati saman yang dikeluarkan adalah atas kesalahan gagal mempamerkan cukai jalan di lokasi berkenaan dan telah dikeluarkan oleh anggota polis peronda pada 16 April lalu.

“Arahan sudah dikeluarkan kepada petugas di lapangan untuk tidak mengeluarkan saman berkaitan kesalahan tidak mempamer Lesen Kenderaan Motor (LKM).

“Ia selepas arahan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan melalui Menterinya, Anthony Loke pada 10 Februari lalu.

“Siasatan dalaman akan dibuat ke atas anggota terbabit di atas kecuaian dilakukan dan kita sudah membatalkan saman berkenaan,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Sumber: Sinar Harian

The post Polis Nafi Video Tular Kenderaan Miliki 397 Saman Tertunggak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*