Samsung Galaxy A55 5G Pandangan Pertama

Samsung Malaysia akhirnya mengumumkan siri terbaru mereka, Galaxy A55 5G, yang sudah pun berada di pasaran Malaysia dengan harga RM1,999.

Siri Samsung Galaxy A55 5G terdiri daripada 3 varian, iaitu standard, Awesome Iceblue, Awesome Navy, dan Awesome Lilac.

Pandangan pertama

Seperti biasa, peranti ini tersemat rapi didalam kotak minimalis dengan simpanan buku panduan, alat pengekstrak SIM, kad jaminan serta kabel USB-C untuk pengecasan (adaptor tidak tersedia). Peranti ini berwarna Awesome Lilac dengan body full metal.

Design/Rekabentuk

Secara dekat, walaupun peranti ini berwarna ungu muda, tetapi terlihat agak sedikit merah jambu dengan efek berkilauan seperti pelangi.

Pegangan pertama, peranti ini terlihat lebih rata dan agak ringan. Bingkainya semi-glossy dan pastinya diperbuat daripada stainless steel (logam asli). Bahagian tombol bunyi ada sedikit lekukan halus, menonjolkan efek minimalis.

Ia juga mengekalkan rating IP67 yang selamat daripada air (setinggi satu meter selama 30 miniti) dan habuk.

Bagi I/Os, tombol bunyi dan butang daya terletak disebelah kanan. Pada bahagian bawah, terdapat grill pembesar suara, port USB-C, dan dua lubang kecil, dimana lubang sebelah kiri terletaknya mikrofon. Di bahagian atas, terdapat mikrofon kedua dan dulang SIM hibrid (expandable storage via microSD).

Display

Galaxy A55 5G dilengkapi dengan Gorilla Glass Victus+ untuk paparan yang lebih lasak dan tahan calar. Kaca dibahagian belakang peranti ini pula tidak akan meninggalkan kesan cap jari sekaligus memberikan pandangan yang premium walaupun berada di kelas pertengahan.

Galaxy A55 5G mempunyai sistem kamera tiga-lensa yang terdiri daripada kamera utama 50 megapiksel, kamera ultrawide 12 megapiksel dan kamera makro 5 megapiksel.

Prestasi

Secara dasarnya, peranti ini menggunakan cip Exynos 1480, sekaligus membawa perbezaan besar daripada Galaxy A54 sebelum ini.

Sebelum ini di AnTuTu, A54 hanya mendapat 504,935, manakala di A55, ia mencapai 728,872.

AnTuTu V10: 728,872
AnTuTu Storage Test: 59,639
S.Read Speed: 1731.7 MB/s
S.Write Speed: 1009.3MB/s
3DMark Wild Life: 3800
Geekbench 6 Single: 1143
Multi: 3340
Geekbench 6 GPU Vulkan: 4125
Geekbench 6 GPU OpenCL: 3989
PCMark Work 3.0 Performance: 13174
PCMark Work Battery Life: 13 hours & 12 minutes

Bateri

Galaxy A55 5G mengendalikan sel 5000mAh yang disokong dengan cas wayar sehingga 25W. Dari segi jangka hayat bateri, telefon ini bertahan lebih lama sehingga 22 jam.

Di dalam Tetapan (Setting), terdapat pilihan perlindungan bateri yang memanjangkan jangka hayat bateri berdasarkan corak cas pengguna.

Peranti ini juga menunjukkan tempoh masa pengecasan yang tinggal sehingga dicaj sepenuhnya, boleh dikatakan fungsi yang sangat berguna.

Galaxy A55 5G Kini Dilengkapi Knox Vault

Apa itu Knox Vault?

Knox Vault adalah sistem keamanan yang bekerja di “balik layar” untuk melindungi data sensitif anda seperti data kewangan, password, login credential, lokasi secara perisian atau melalui perkakas.

Kenapa Knox Vault Penting?

Dengan semakin banyak aktiviti yang kita lakukan secara online, keselamatan data menjadi keutamaan. Knox Vault membuatkan pengguna Galaxy A55 5G merasa lebih aman kerana maklumat peribadi mereka dilindungi dengan baik.

Setiap data ataupun maklumat yang tersimpan didalam Knox Vault adalah penting termasuk maklumat kunci skrin seperti nombor PIN, kata laluan dan pattern. Melalui Knox Vault, pengguna dengan bukti kelayakan skrin kunci yang betul sahaja dibenarkan mengakses data tersebut, jadi jika peranti anda dicuri, si pencuri tidak akan boleh mengakses data tersebut.

Auto Blocker

Selain itu, ciri Auto Blocker juga disediakan didalam Galaxy A55 5G ini. Auto Blocker berfungsi untuk melindungi pengguna daripada jenayah siber. Ini kerana, Auto Blocker akan menyekat segala arahan ataupun permintaan yang disalurkan dari kabel USB (cara biasa penjenayah siber akan guna untuk menceroboh).

Contoh lain, anda pasti atau pernah menggunakan port USB awam di kafe, pusat membeli-belah atau lapangan terbang kan? Daripada port ini juga penjenayah siber ini boleh menceroboh tanpa anda sedar, tetapi dengan adanya Auto Blocker, segala kod, gambar atau mesej akan terhalang.

Galaxy A55 5G Jaminan Kemaskini Keselamatan Selama 5 Tahun

Samsung satu-satunya pengeluar Android menjamin kemaskini OS dan keselamatan berpanjangan untuk hampir semua perantinya dari kelas permulaan hingga ke flagship.

Bagi A55 5G, Samsung menjamin kemaskini OS Android dan One UI sebanyak 4 kali atau sehingga Android 18, serta kemaskini keselamatan selama 5 tahun.

Samsung Galaxy A55 5G sudah boleh dimiliki dengan harga RM1999 berserta hadiah percuma bernilai sehingga RM828. Anda juga akan mendapatkan putik Galaxy Buds FE dan lanjutan jaminan 1 tahun! Untuk maklumat lanjut klik disini.

The post Samsung Galaxy A55 5G Pandangan Pertama appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*