Sangka Kerana Diracun, Kematian Tiga Sekeluarga Di Bekasi Bongkar Jenayah Pembunuhan Bersiri

Sangka Kerana Diracun, Kematian Tiga Sekeluarga Di Bekasi Bongkar Jenayah Pembunuhan Bersiri

Indonesia baru-baru ini digemparkan dengan berita kematian tiga individu sekeluarga di Bekasi yang awalnya dikatakan berpunca daripada keracunan racun serangga.

Bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan polis berjaya membongkar kejadian jenayah kejam apabila kematian semua mangsa bukanlah kemalangan biasa, sebaliknya merupakan sebahagian daripada kes pembunuhan bersiri.

Pihak polis mendapati kesemua mangsa yang maut menjadi mangsa kepada jenayah pembunuhan terancang dan tiga suspek ditahan setakat ini.

Ketiga-tiga suspek merupakan orang yang rapat dengan mangsa pembunuhan.

Ketua Polis Wilayah Metro Jaya, Fadil Imran dalam satu kenyataan telah menjelaskan motif pembunuhan tersebut kepada media.

Fadil Imran berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan mengaku terlibat dalam jenayah pembunuhan bersiri dengan modus operandi menawarkan rawatan kuasa mistik kepada mangsa-mangsa.

“Kesemua suspek terlibat dalam jenayah pembunuhan bersiri atau lebih biasa disebut serial killer melalui modus operandi dengan memberikan janji berupa kemampuan supernatural untuk menjadikan mangsa kaya ataupun berjaya dalam sesuatu perkara,” sambungnya.

Mereka juga mengaku bahawa tujuannya adalah untuk menyamun atau melarikan wang-wang milik mangsa selepas mereka dibunuh.

Berkaitan tiga sekeluarga yang dibunuh di Bekasi, kesemua mangsa mempunyai kaitan dengan salah seorang suspek iaitu isteri dan dua anak tirinya. Mereka dibunuh selepas mengetahui jenayah yang dilakukannya.

“Mangsa yang meninggal dunia di Bekasi ini telah dibunuh kerana mengetahui rekod-rekod jenayah yang dimiliki suspek,” kata Fadil dalam sidang media semalam.

Selain keluarga tersebut, suspek-suspek tersebut disyaki terlibat dalam pelbagai kes pembunuhan bersiri yang lain menerusi penemuan empat rangka tulang di dalam tiga lubang berdekatan dengan rumah suspek utama di Cianjur.

BACA: Warga Emas Disyaki Dibunuh Dalam Kejadian Samun Di Rumahnya

Sumber: Detik Com via Twitter & CNN Indonesia 

The post Sangka Kerana Diracun, Kematian Tiga Sekeluarga Di Bekasi Bongkar Jenayah Pembunuhan Bersiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*