Saniboey Kagum Misi #gengsubuhmacamjumaat Disambut Baik

misi #gengsubuhmacamjumaat

Saniboey Kagum Misi #gengsubuhmacamjumaat Disambut Baik

Penerbit Datuk Saniboey Mohd Ismail meluahkan rasa kagum dengan misi #gengsubuhmacamjumaat yang diciptakan oleh penyanyi dan pengacara Alif Satar, baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Twitter yang kini dikenali X, Saniboey berkata misi yang dilaksanakan selebriti tersebut telah mencetuskan fenomena selepas melihat ramai yang menghadirkan diri solat jemaah pada waktu Subuh di Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, perkara tersebut adalah salah satu pergerakan yang sangat indah kerana secara tidak langsung ia menggalakkan orang ramai mencabar diri melakukan kebaikan.

Beliau turut mengepilkan sekeping gambar untuk menunjukkan keadaan di masjid tersebut pada waktu pagi.

“#gengsubuhmacamjumaat ini adalah misi yang dicipta oleh selebriti Alif Satar.

“Tadi ramai yang solat Subuh di Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara Kuala Lumpur. Pergerakan yang begitu indah,” katanya di laman X pada pagi Ahad.

BACA: Alif Satar Kongsi Tip Bagi Yang Baru Mula Nak Joging

Hantaran tersebut kemudiannya meraih perhatian orang ramai yang rata-ratanya memanjatkan rasa syukur kerana misi itu semakin kerap dilakukan masyarakat dan dijadikan sebagai rutin.

Saniboey turut mengajak orang ramai untuk menyahut misi itu dan memaklumkan beliau akan melaksanakan solat Subuh esok di Masjid Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, beliau sempat merakam momen bersama Alif dan bilal Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Haifz Rosli selepas menunaikan solat Subuh.

Sebelum ini, Alif menjelaskan beliau memulakan insiatif tersebut selepas bertanya kepada agamawan tentang perkara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan sokongan terhadap penduduk Gaza.

BACA: “Allah Makbulkan Doa Kalian..” Alif Satar Luah Rasa Syukur, Isteri Dan Anak-Anak Negatif Covid-19

Susulan itu, beliau mula mengajak orang ramai untuk menyahut cabaran tersebut dan sehingga kini ramai pihak mula melakukan misi itu.

Rata-rata mereka berkongsi foto kepada orang ramai menunjukkan tanda hadir menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.

Sumber: @saniboey/Twitter

BACA: Alif Satar Tak Segan Mengaku Budak Flat, Bawa Anak Imbau Kenangan Sewaktu Kecil

The post Saniboey Kagum Misi #gengsubuhmacamjumaat Disambut Baik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*