SPRM Tahan Bendahari Agung Bersatu

sprm tahan bendahari bersatu

SPRM Tahan Bendahari Agung Bersatu

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) — Bendahari Agung Bersatu, Datuk Mohamed Salleh Bajuri, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung akaun parti tersebut yang kini dibekukan.

Menurut sumber, penahanan itu dibuat semalam dan beliau kini direman selama dua hari sehingga esok selepas agensi itu mendapat kebenaran daripada mahkamah bagi membantu siasatan.

“SPRM mengesahkan penahanan itu, bagaimanapun kita tidak boleh bagi apa-apa maklumat lagi memandangkan ia masih di peringkat reman sahaja, bukan pertuduhan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohammed Salleh dilantik menjadi bendahari agung Bersatu pada 2016.

Terdahulu, SPRM, pada Januari lalu dilapor membekukan beberapa akaun milik Bersatu.

Sementara itu, Bernama masih cuba menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkenaan penahanan itu.

BACA: Adam Radlan Didakwa Lagi Kes Rasuah Jana Wibawa

Sumber: Bernama

The post SPRM Tahan Bendahari Agung Bersatu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*