Sanusi Kongsi “Screenshot”, Akaun TikTok Rasminya Serta Papagomo Disekat

akaun tiktok sanusi papagomo

Sanusi Kongsi “Screenshot”, Akaun TikTok Rasminya Serta Papagomo Disekat

Akaun TikTok rasmi milik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang menggunakan nama @sanusimdnoor dilaporkan telah disekat.

Perkara itu dikongsikan oleh Sanusi menerusi hantaran muat naik dua keping tangkap layar akaun TikTok tersebut di Facebook miliknya sebentar tadi.

Selain akaun TikTok beliau, sebuah lagi akaun yang disekat ialah milik Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri selaku bekas EXCO Pemuda UMNO.

“Darai yang barai,” tulis muat naik hantaran itu yang disertai gambar tangkap layar kedua-dua akaun TikTok tersebut.

Sehingga kini, tidak dapat dijelaskan berkenaan mengapa kedua-dua akaun tersebut disekat.

Sanusi utus warkah kepada Sultan Selangor

Sebelum ini, Sanusi telah terpalit dengan isu 3R yang dikatakan telah menghina Sultan Selangor.

Dalam pada itu, Sanusi memaklumkan bahawa beliau sudahpun mengutuskan warkah memohon ampun dan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor.

Warkah permohonan maaf itu mempunyai kaitan dengan ucapan kontroversi yang dibuatnya dalam satu ceramah baru-baru ini.

“Warkah saya itu didahului dengan merafak sembah memohon ampun dan maaf kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor. Seraya berharap tidaklah timbul kemurkaan Baginda Tuanku Sultan bersabit isu-isu yang sengaja dibangkitkan daripada ucapan itu,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar Sultan Selangor dan permaisurinya sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik.

“Selanjutnya saya mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri terus bersemayam di atas singgahsana Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dalam keadaan sihat, sentosa dan penuh kemuliaan.”

Seterusnya, warkah itu juga bertujuan untuk menjelaskan maksud sebenar ucapan yang dibuatnya ketika itu.

Menteri Besar itu turut mendakwa bahawa kenyataan yang dibuat di dalam ucapan itu telah diputar belit oleh sesetengah pihak.

“Saya telah mengutuskan warkah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor, untuk menjelaskan konteks, maksud sebenar dan medan yang tercangkup daripada ucapan…,” jelasnya.

BACA: Ramai Tak Tahu, Sazali Samad Perjelas Perbezaan Antara Gelaran Mr. Universe & Mr. Olympia

Tambahnya, pihaknya telah dimaklumkan Pegawai Istana Selangor bahawa Sultan Selangor telahpun memberi perkenan untuk menerima dan membaca surat berkenaan.

Walau bagaimanapun, Sanusi berkata beliau tidak berhasrat untuk mendedahkan isi kandungan warkah itu bagi menghormati Sultan Selangor.

Sumber: Muhammad Sanusi Md Noor/Facebook

The post Sanusi Kongsi “Screenshot”, Akaun TikTok Rasminya Serta Papagomo Disekat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*