Satu Dewan Beri Tepukan Gemuruh, “Uncle Cleaner” Sekolah Dihargai,  Naik Pentas Terima Anugerah 

anugerah pakcik cleaner

Satu Dewan Beri Tepukan Gemuruh, “Uncle Cleaner” Sekolah Dihargai,  Naik Pentas Terima Anugerah 

Seperti yang diketahui, sekolah merupakan tempat bagi para murid-murid menimba ilmu. Setiap institusi ini mampu menampung ratusan pelajar setiap hari.

Dalam masa sama, faktor kebersihan dan persekitaran sekolah tentunya menjadi satu perkara perlu diambil berat. Dengan kehadiran tukang bersih (cleaner), mereka mampu menjaga keadaan di sekolah.

Pun begitu, pekerjaan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana membersihkan persekitaran di sekolah adalah kerja yang memenatkan.

Bukan sahaja penat membanting tulang, mereka juga terpaksa berdepan dengan pelbagai kotoran sewaktu kerja-kerja pembersihan termasuk membersihkan tandas. Oleh itu, pengorbanan insan-insan yang berbakti pada sekolah wajar diangkat dan diberikan penghargaan selayaknya.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular seorang lelaki dipercayai mendapat anugerah atas sumbangan dan perkhidmatan bekerja di sebuah sekolah.

Difahamkan, lelaki terbabit merupakan seorang cleaner di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @brader_bear memaparkan individu berbaju biru mendapat sorakan dan laungan nama yang gemuruh sewaktu majlis Sambutan Hari Malaysia yang berlangsung di dalam dewan sekolah itu.

Melihat kepada riak wajah murid-murid juga jelas terpampang kegembiraan sewaktu lelaki tersebut memperoleh anugerah itu.

“Dia cukup ringan tulang kalau minta bantuan, sebab itu dia disayangi.

“Seronok dia dapat anugerah, terima kasih sebab banyak membantu sekolah,” tulis kapsyen di video itu.

Sambil Jalan Pun Pakcik Cleaner Bersih Sampah

Lebih menarik perhatian, ketika berjalan menaiki pentas dewan, dia dipercayai tunduk sebentar untuk mengutip sampah yang berada di atas lantai.

Sampah berkenaan dimasukkan ke dalam poket seluarnya sebelum berjalan naik ke pentas.

Sementara itu, pengguna X,  @joefea_fob turut berkongsi mengenai lelaki tersebut.

Jelasnya, individu itu sememangnya layak diberikan anugerah atas sumbangannya.

“Wei tadi mak aku panggil aku tau tanya kenal tak orang dalam video yang dia tengok. Rupanya pakcik cleaner sekolah lama aku wei. Dia dapat anugerah. Dia memang layak dapat sebab mana-mana je nampak dia bekerja,” tulisnya di platform berkenaan.

Reaksi Netizen

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji lelaki berkenaan dengan sifat yang ditonjolkannya.

Sebahagian warganet menyifatkan dirinya seorang yang ringan tulang selepas menonton lelaki itu sempat mengutip sampah di penjuru dewan.

BACA JUGA: Azeem Dipilih Penerima Anugerah Khas 100PLUS

Bukan sahaja itu, nama pihak sekolah juga menjadi bualan kerana memberikan penghargaan kepada mereka yang berbakti menjaga kebersihan sekolah.

Perkara itu secara tidak langsung mengajar anak-anak murid untuk lebih menghargai jasa dan pengorbanan tukang bersih di sekolah.

anugerah pakcik cleaner anugerah pakcik cleaner

Untuk makluman, video itu mendapat lebih 300,000 tontonan dengan lebih 26,000 tanda “Suka” dan pelbagai komen positif oleh warga maya.

@brader_bear

#penutupmerdeka2023 #merdeka66tahun

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Sumber: TikTok @brader_bear, Twitter X @joefea_fob

The post Satu Dewan Beri Tepukan Gemuruh, “Uncle Cleaner” Sekolah Dihargai,  Naik Pentas Terima Anugerah  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*