Bapa simpan koleksi Star Wars selama 45 tahun, berjaya jual pada pada harga RM3.19 juta

Bila masuk bab mainan ini selalunya yang tukang beli sebenarnya tidak mengikut cita rasa anak tapi dirinya sendiri.

Seorang bapa gigih menyimpan 400 mainan Star Wars dalam kotak asli selepas anaknya tidak berminat dengan mainan tersebut.

Setelah 45 tahun akhirnya ia dijual sebanyak AS$750,044 (RM3.19 juta) dalam satu lelongan di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Senjata awal watak Star Wars, Jedi itu kemudiannya digantikan dengan plastik teleskopik oleh pengeluar barang mainan, Kenner kerana pembuatannya amat rumit.

“Melihat koleksi mainan ini bagaikan melihat barangan tersebut di kedai mainan pada era lewat 1970-an.

“Apa sahaja barangan Star Wars yang anda mahukan ketika itu berada di sini.

“Kesemua barangan itu tidak disentuh dan berada di dalam kotak yang dibungkus rapi,” kata jurucakap firma lelongan Morphy Auctions, Chuck Lang.

Lang juga memaklumkan si bapa yang kini berusia 70-an itu nekad menyimpan selepas anaknya tidak menunjukkan minat.

Nampaknya berbaloi juga menyimpan mainan, akhirnya dapat pulangan selepas hampir lima dekad.

Baca juga: Tepung je lebih tapi sotong kecil, ramai tak puas hati dengan peniaga tak jujur

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*