“Saya Akui, Saya Sedih…” Isteri Pertama Rahim Dedah Kurung Diri Dapat Tahu Bakal Bermadu

Isteri pertama rahim

“Saya Akui, Saya Sedih…” Isteri Pertama Rahim Dedah Kurung Diri Dapat Tahu Bakal Bermadu

Isu poligami merupakan perbincangan hangat pada masa ini dan ia telah menjadi debat hebat dikalangan mereka yang bersetuju dan menolak debat ini.

Terbaru isu ini menjadi perbualan hangat semula selepas isteri pertama pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu berkongsi pengalaman bermadunya.

Norazlin atau lebih mesra disapa Kolin menerusi video hantaran TikTok Sinar FM telah mendedahkan pengalaman selepas dia dimaklumkan bakal mendapat madu.

Menurutnya, dia telah mengurung diri selama dua minggu di dalam bilik selepas suaminya memaklumkan bakal bernikah sekali lagi.

“Saya percaya semua wanita akan berasa sedih bila tahu suami mahu kahwin dua. Mustahil kalau saya kata tidak sedih. Berapa lama masa untuk move on itu bergantung kepada individu.

“Macam saya hanya mengambil masa dua minggu sahaja. Sebabnya, Rahim memainkan peranan dia sebagai suami dengan baik. Saya rasa tidak dibuang pun.

“Sepanjang dua minggu itu saya duduk dalam bilik. Saya tak keluar rumah, tak pergi mana-mana. Kemudian bila diri saya dah rasa okey. Saya keluar bilik. Terus saya move on dan lupakan perasaan sedih itu,” katanya.

Berpegang dengan pesanan ibu dan soal anak-anak

Tambah Kolin, dia bertahan dalam perkahwinan itu selepas memikirkan soal anak-anak. Dia juga berpegang dengan pesanan ibunya yang menjadi sumber kekuatannya ketika dimaklumkan bakal dimadu.

“Sumber kekuatan itu mungkin datang daripada ibu saya. Dia pernah pesan dekat saya mengatakan yang setiap orang ada bahagian mereka masing-masing. Mungkin inilah bahagian saya (hidup bermadu).

“Waktu berlaku itu saya sayang suami, tak akan saya nak lepaskan dia. Kami sudah ada keluarga, ada anak-anak. Semua sudut di ambil kira dan difikirkan,” ujarnya.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Rahim atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali, 49, mempunyai dua orang isteri. Isteri pertamanya ialah Norazlin Abdullah, 43, dan seorang lagi Lily Khay yang berasal dari Simpang Renggam, Johor.

Memetik Astro Awani, pelawak itu dilaporkan telah berkahwin dengan isteri keduanya pada tahun 2015 lalu.

Perkahwinan itu dikatakan telah mendapat persetujuan isteri pertamanya dan perkahwinan kedua itu hanya diumumkan setahun selepas ia dilangsungkan.

Hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Rahim telah dikurniakan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal.

Sumber: Astro Awani

The post “Saya Akui, Saya Sedih…” Isteri Pertama Rahim Dedah Kurung Diri Dapat Tahu Bakal Bermadu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*