“SAYA KENAL DIA (ADIRA), ORANG LAIN TAK NAMPAK…” – DATUK RED RASA HATI ADIRA MASIH ADA CINTA UNTUKNYA

“Apa yang saya lihat pada Adira, dalam hatinya masih ada lagi cinta untuk saya. Tapi mungkin perwatakan kali ini berbeza sebab kadang-kadang perempuan ini dah lebih had, matang dan ada usaha sendiri, jadi dia nampak berdikari.

“Saya cuba juga untuk memujuk dia sebab ada masa lagi sehingga April. Insya-Allah dapatlah kami beraya bersama. Kami juga masih sebumbung, dia juga yang gosokkan baju saya datang ke mahkamah.

“Sebab itu saya rasa berpeluang lagi, anak-anak pun sangat rapat dengan saya. Kalau Adira sibuk, saya yang menguruskan anak-anak,” ujar suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red.

Meskipun isteri keduanya itu n£kad untuk berpisah, namun Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, berasa yakin masih ada peluang untuk menyelamatkan perkahwinannya dengan Adira.

Sementara itu, Datuk Red berkata, dia masih sayangkan Adira serta mengatakan apa yang menimp@ rumah tangganya itu adalah bal@san untuk dirinya.

“Saya kenal dia, orang lain tak nampak. Adik-beradik pun tak kenal rapat dengan dia. Saya dah dengan dia lapan tahun, gil@ lah kalau saya tak sayang dia lagi.

“Macam saya cakap sebelum ini, bukan dugaan tapi bal@san. Kadang-kadang kita jadi suami, sebenarnya macam ibarat lilin tapi saya macam dur1 pula. Semuanya demi anak-anak saya buat,” katanya.

Terdahulu, Adira pernah memfailkan perceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan tersebut demi anak-anak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :

KLIK DI SINI..!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*