Saya Perlu Terima Keputusan Mahkamah Tinggi Dan Hakim – Syed Saddiq

terima keputusan mahkamah syed saddiq

Saya Perlu Terima Keputusan Mahkamah Tinggi Dan Hakim – Syed Saddiq

“Saya perlu terima kritikan dengan hati yang terbuka, sama saja seperti saya perlu terima keputusan Mahkamah Tinggi dan Hakim hari ini,” kata Syed Saddiq selepas selesai prosiding perbicaraan Mahkamah sebentar tadi.

Dalam perbicaraan itu, Syed Saddiq telah dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun, dua sebatan dan denda sebanyak RM10 juta atas empat tuduhan pecah amanah.

Menurut Syed Saddiq, dia menerima keputusan mahkamah itu kerana tidak mahu membezakan dirinya dengan mana-mana rakyat dalam sesuatu perbicaraan.

“Saya tidak boleh membezakan diri saya dengan mana-mana rakyat yang lain yang turut diadili di dalam mahkamah,” kata Syed Saddiq kepada pemberita.

Selain itu, Syed Saddiq juga berkata bahawa beliau menerima keputusan itu dan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berkenaan keputusan tersebut.

“Saya perlu rayu ke peringkat Mahkamah Rayuan. Saya terima seadanya, sebab itu saya perlu menghormati keputusan tersebut,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Syed Saddiq menerusi hantaran di laman X miliknya menegaskan bahawa beliau tidak menyesal dan tidak akan berhenti bersuara.

“Saya tak menyesal. Saya tak takut. Saya takkan berhenti bersuara. BERANI KERANA BENAR,” tulisnya ringkas menerusi muat naik tersebut.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Keputusan itu dibuat ke atas Syed Saddiq selepas Mahkamah Tinggi mendapati bahawa Syed Saddiq bersalah atas tuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram.

Sumber: Astro Awani, X/Syed Saddiq

The post Saya Perlu Terima Keputusan Mahkamah Tinggi Dan Hakim – Syed Saddiq appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*