“Saya Telah Banyak Berkorban” Pandelela Rinong Sebak Raih Pingat Gangsa

pandelela gangsa

“Saya Telah Banyak Berkorban” Pandelela Rinong Sebak Raih Pingat Gangsa

Lima tahun yang lalu, ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong terpaksa menarik diri daripada acara 10 meter (m) platform terjun seirama Sukan Asia 2018 selepas mengalami kecederaan belakang semasa menjalani latihan.

Namun, pada Sukan Asia 2023 kali ini, Pandelela berjaya merangkul pingat gangsa dalam 10m platform wanita mengulangi pencapaian sulungnya bagi acara itu pada temasya Guangzhou 2010.

Pandelela, 30, meraih pungutan mata 280.50 mata selepas lima terjunan, manakala pingat emas dan perak didominasi oleh peserta China di mana juara olimpik Quan Hongchan mendapat 438.20 mata.

Sementara itu, Chen Yuxi meraih perak menerusi 435.65 mata.

Beliau juga berkata telah melakukan pelbagai perkara untuk memastikan dapat menunjukkan prestasi yang terbaik pada temasya kali ini.

BACA: Sukan Asia: Impian Emas Speedy Tigers Berkecai

Jelasnya, beliau hanya mengharapkan yang terbaik ketika melakukan terjunan bagi acara tersebut.

Pandelela ketika ditemui pemberita tidak dapat menahan tangisannya sambil mengatakan terdapat banyak pengorbanan yang dilakukan olehnya supaya dapat menyumbangkan pingat untuk negara.

“Hanya berharap untuk yang terbaik, kerana saya telah melakukan banyak pengorbanan juga di belakang tabir. Cuma orang tak nampak,” jelasnya.

Apabila ditanya mengenai pengorbanan yang dilalui, Pandelela berkata antaranya adalah beliau perlu menahan kesakitan ketika sesi latihan.

“Saya perlu menyelam dengan rasa sakit supaya saya boleh bersedia untuk pertandingan ini,” katanya kepada pemberita.

Sumber: @zulhelmizainal1/X

The post “Saya Telah Banyak Berkorban” Pandelela Rinong Sebak Raih Pingat Gangsa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*