Mengapa Harga Minyak Ketika Ini Masih Belum Turun? Ini Jawapan Saya

Harga minyak ketika ini

Mengapa Harga Minyak Ketika Ini Masih Belum Turun? Ini Jawapan Saya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini menjawab berkenaan isu harga minyak petrol yang masih tidak turun pada ketika ini sewaktu beliau sedang memerintah.

Jawapan persoalan itu dinyatakan Anwar sewaktu berucap di depan hadirin seperti yang dimuat naik dalam hantaran di media sosialnya pagi tadi.

“Saya dicerca merata tempat, ‘Hari ini menang, esok minyak turun’. Ada dengar tak?

“Baik dengar jawapan saya. Bila saya kata itu? 2008. Masa itu berapa harga minyak Saudi? 50 sen. Masa tu kita dalam RM1.80

“Pasal apa Saudi boleh 50 sen dan kita tinggi sangat? Kita kena turunlah,” kata beliau sewaktu ucapannya berkenaan harga minyak tersebut.

Tambahnya, pada 2023 kini pula, harga minyak di Arab Saudi lebih tinggi daripada di Malaysia.

“Harga minyak 2023 di Arab Saudi lebih tinggi daripada Malaysia. Kita nak turun macam mana lagi? Kita dah bagi subsidi tinggi sehingga RM30, RM40 bilion subsidi untuk minyak.

“Itu jawapan saya, kerana Arab Saudi menjadi ukuran disebabkan keluaran minyak mereka berkali-kali ganda dari kita. Tapi harganya lebih tinggi daripada kita,” katanya lagi dalam muat naik video ucapan tersebut.

Sementara itu, merujuk Statista, harga minyak petrol per liter di Arab Saudi dilaporkan mencecah sehinggan 2.33 riyal Saudi atau bersamaan dengan RM2.90 per liter.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Justeru, perbandingan itu jelas menunjukkan harga minyak petrol di Arab Saudi lebih tinggi berbanding di Malaysia.

Minyak Petrol RON97 Naik 10 Sen Seliter 

Dalam laporan lain, Kementerian Kewangan baru-baru ini mengumumkan kenaikan harga runcit minyak petrol RON97 sebanyak 10 sen, daripada RM3.37 seliter kepada RM3.47 seliter.

Manakala harga bagi petrol RON95 dilaporkan kekal pada harga RM2.05 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Sungguhpun harga runcit bagi kedua-dua produk itu telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” maklum kementerian itu baru-baru ini.

Sumber: X/Anwar Ibrahim, Statista

The post Mengapa Harga Minyak Ketika Ini Masih Belum Turun? Ini Jawapan Saya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*