Secret Recipe Perkenalkan Melancarkan Menu Nasi Kerabu Ayam Percik Sempena Musim Perayaan Ini

KUALA LUMPUR, 6  April 2023 – Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Secret Recipe telah melancarkan juadah menarik untuk menyambut Ramadan dan perayaan Raya yang istimewa ini.

Diinspirasikan oleh hidangan tempatan dan sentuhan moden kontemporari, menu Ramadan dan Raya Secret Recipe pasti akan memenuhi idaman anda untuk hidangan yang seimbang dan berkhasiat, sesuai untuk bulan yang penuh barakah ini!

Kegemaran Bermusim Bersama Anis Nabilah

Menu Ramadan dan Raya tahun ini menampilkan variasi hidangan kegemaran bermusim yang popular: Nasi Kerabu Specials. Hasil kolaborasi bersama chef selebriti, Anis Nabilah, hidangan istimewa baharu ini menampilkan tiga hidangan di mana hidangan berwarna biru tersebut menjadi tumpuan utama. Tetap setia kepada rasa kaya dan lazat Nasi Kerabu, hidangan ini juga menawarkan alternatif yang sihat tanpa menjejaskan keenakan.

Menu pertama adalah Nasi Kerabu yang menyajikan nasi herba dengan ringkas dan berperisa. Ia disajikan nasi biru bunga telang bersama dengan sayur-sayuran segar, keropok ikan, telur masin, sos kelapa pedas dan sambal. Sementara itu, Nasi Kerabu Ayam Percik menyajikan nasi Kerabu biru dengan hidangan sampingan berwarna-warni dan paha ayam panggang serta sos Percik pedas. Selanjutnya, Nasi Kerabu Ikan Saba Percik menawarkan ikan yang dipanggang dan dilumuri dengan sos Percik, dipadankan dengan nasi biru yang harum dan pelbagai hidangan sampingan.

Untuk melengkapi hidangan yang menyelerakan ini, Anis Nabilah juga telah mencipta dua minuman unik baharu untuk pelanggan Secret Recipe. Kurma Calamansi Fizz menggabungkan kemanisan dari buah kurma dengan rasa limau kasturi yang bertenaga, manakala Ice Blended Onde-Onde ialah minuman berasaskan kelapa yang diilhamkan daripada pencuci mulut tradisional yang dinamakan sempena namanya. Dicipta dengan mengutamakan penggemar makanan yang suka bereksperimen, minuman ini beralih daripada minuman manis biasa untuk menawarkan pengalaman yang lebih menyegarkan.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita dimanjakan dengan kepelbagaian pilihan makanan. Musim Ramadan dan Raya ini, kami berbesar hati untuk membawa kembali salah satu hidangan perayaan kami yang paling laris dan menu Raya kegemaran sepanjang masa – Nasi Kerabu Specials, dengan sentuhan istimewa oleh chef selebriti, Anis Nabilah. Proses untuk mencipta semula menu ini amat menyeronokkan, dengan eksperimentasi profil rasa yang berbeza untuk memenuhi selera yang paling digemari rakyat Malaysia,” kata Evelyn Lee, Ketua Pemasaran Secret Recipe.

Sambil melahirkan kesyukuran atas peluang untuk bekerjasama dengan rangkaian kafe kegemaran Malaysia, Anis Nabilah berkata, “Sebagai seorang chef, saya rasa teruja untuk bereksperimen dengan hidangan yang mungkin kelihatan biasa kepada orang lain. Ia membolehkan saya menerokai pelbagai rempah ratus, herba dan ramuan, dan akhirnya menghasilkan rasa yang baru dan menarik. Kolaborasi ini amat menyeronokkan kerana saya gemar meneroka pelbagai ciptaan masakan semasa musim Raya. Ia membangkitkan semangat saya untuk teruskan perjalanan saya dalam bidang memasak dan membolehkan saya menerokai pelbagai citarasa!”

Raikan Detik Manis Raya dengan Kek Kegemaran Anda

Sebagai pilihan utama rakyat Malaysia yang menggemari pencuci mulut, Secret Recipe juga telah memperkenalkan kek Onde Onde baharu dalam rangkaian kek Platinum Collection, khusus untuk musim Ramadan ini. Menterjemah salah satu pencuci mulut kegemaran Malaysia dalam bentuk kek, Onde Onde ini adalah hasil ciptaan krim kelapa yang diapit di antara span pandan yang gebu, dihiasi dengan krim Gula Melaka dan kepingan kelapa.

Nasi Kerabu Specials Secret Recipe kini boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia. Manakala, Onde Onde berharga RM78 untuk bawa pulang, dan RM85.35 untuk pembelian makan di restoran, di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia.

Secret Recipe, Jenama Halal Yang Dipercayai

Secret Recipe merangkul anugerah untuk Produk atau Perkhidmatan Halal Terbaik di Star Outstanding Business Awards (SOBA) 2022

Sebagai jenama yang disahkan Halal, Secret Recipe berdedikasi untuk terus menambahbaik sistem Halal dalamannya. Baru-baru ini, Secret Recipe telah diberi penghormatan dengan beberapa anugerah, termasuk anugerah Platinum untuk kategori Produk atau Perkhidmatan Halal Terbaik yang baru diperkenalkan di Star Outstanding Business Awards (SOBA) 2022. Pengiktirafan ini memperkuat komitmen Secret Recipe untuk menyediakan produk dan perkhidmatan Halal berkualiti tinggi.

Patrick Sim, Pengarah Urusan Secret Recipe menerima anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia untuk Secret Recipe

Selain memenangi anugerah Platinum, Secret Recipe telah diiktiraf dalam beberapa kategori lain di SOBA 2022, termasuk Perniagaan Terbaik Malaysia, Platinum untuk Jenama Terbaik, Emas untuk Inisiatif Hijau Terbaik dan Terbaik dalam Runcit. Anugerah-anugerah ini menunjukkan kecemerlangan Secret Recipe dalam pelbagai aspek perniagaan, dari kelestarian hingga pengalaman pelanggan.

Selain itu, pengasas Secret Recipe, Dato’ Steven Sim, menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang untuk Usahawan Lelaki Terbaik. Pengiktirafan ini menonjolkan kepimpinan beliau yang berwawasan dan kejayaan jenama Secret Recipe di bawah bimbingannya.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ramadan dan Raya, layari www.secretrecipe.com.my.

The post Secret Recipe Perkenalkan Melancarkan Menu Nasi Kerabu Ayam Percik Sempena Musim Perayaan Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*