Jarang Berlaku, Lelaki Rakam Fenomena Gegelung Merah Di Langit Itali 

fenomena gegelung merah

Jarang Berlaku, Lelaki Rakam Fenomena Gegelung Merah Di Langit Itali 

ROME — Hanya dalam beberapa milisaat, seorang lelaki sempat merakam kelibat gegelung seperti cincin berwarna merah di ruang langit Itali baru-baru ini, lapor Live Science.

Lelaki Sempat Rakam Cincin Merah Di Langit Itali

Fenomena tersebut berjaya dirakamkan oleh seorang jurugambar alam, Valter Binotto di sebuah bandar di utara Itali, Possagno pada 27 Mac lalu.

Meskipun kelihatan berada di atas langit bandar itu, sebenarnya, ia dipercayai berlaku di tengah Itali dan sebahagian Laut Adriatik. Difahamkan, bulatan besar itu berdiameter sekitar 360 kilometer (224 batu).

Gambar: Valter Binotto

Bulatan merah itu seolah-olah berada di atas bandar tersebut ekoran sudut pespektif yang berbeza.

ELVE

Menurut Spaceweather.com, lingkaran berwarna merah itu dikenali sebagai “ELVE”. ELVE ialah sejenis gangguan stratosfera atau mesosfera yang jarang berlaku akibat elektrifikasi ribut petir yang kuat (SPRITE).

“ELVE dikenali sebagai pelepasan cahaya atau gangguan frekuensi yang sangat rendah oleh sumber daya elektromagnet.

“Ia terbentuk selepas elektromagnet (EMP) yang disebabkan oleh kilat ionosfera Bumi. Oleh itu, sebahagian ion yang berada di atmosfera akan terbentang antara 80 dan 644 km (50 dan 400 batu).

“Apabila elektron dari dalam EMP mengenai ionosfera, zarah bercas merangsang atom nitrogen. Ia kemudiannya mengeluarkan cahaya kemerahan,” lapor kenyataan itu.

BACA JUGA: Bentuk Unik Seakan UFO, Kenali Awan Lentikular & Bagaimana Ia Terbentuk

Disebabkan ia berlaku sepantas kilat, kali terakhir ELVE dapat dirakam oleh kamera kapal angkasa NASA adalah pada tahun 1990.

Tambah Spaceweather.com, gambar yang sempat ditangkap oleh Binotto berkemungkinan yang terbaik pernah diperolehi dari perspektif darat.

Menurut Binotto, ELVE terhasil daripada EMP yang dibawa oleh ribut petir yang berlaku berhampiran Ancona, sebuah bandar sekitar 280 kilometer di Tenggara Possagno.

Kilat yang kuat kebiasaan mengeluarkan 10 kali ganda EMP yang jauh lebih kuat daripada kilat biasa.

“Saya telah merakam ratusan ELVE dan jenis fenomena bercahaya sejak kali pertama pada 2019. Ini adalah mungkin salah satu ELVE  yang terbesar pernah saya lihat,” katanya kepada Spaceweather.com.

Untuk maklumat, pada Februari 2021, kejadian yang sama pernah direkodkan berlaku di Hawai.

Pada April 2013, cahaya merah itu telah dirakam sewaktu berlaku kilat di Nebraska.

Sumber: Live Science

The post Jarang Berlaku, Lelaki Rakam Fenomena Gegelung Merah Di Langit Itali  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*